“Tu datin ke jalang” -[Video] Rakaman CCTV ‘Datin’ Tampar Guard Sebab Bengang Kena Turun Ambil Makanan Sendiri

“Tu datin ke jalang” -[Video] Rakaman CCTV ‘Datin’ Tampar Guard Sebab Bengang Kena Turun Ambil Makanan Sendiri

 
 
00:00 /
 
1X

Istilah dan kuasa ‘customer is always right’ itu nampaknya telah disalah ertikan apabila seorang wanita yang mengaku dirinya bergelar datin itu telah melakukan satu tindakan gila kepada pekerja di situ.

Pengawal keselamatan itu ditempar kerana dipercayai berang diarah turun sendiri ke lobi kediaman untuk mengambil makanan yang ditempah melalui perkhidmatan penghantar makanan semalam.

 

Itu bukan bidang tugas pengawal keselamatan

Kejadian itu  berlaku sekitar 4.21 petang di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kuala Lumpur. Rakaman CCTV itu viral di media sosial, menurut ahli jawatankuasa kondominium berkenaan.

Hazri Mohd Zahri berkata peraturan kondominium telah menetapkan sesiapa yang membuat pesanan makanan atau apa-apa barang kena turun sendiri sebab orang luar tak boleh naik ke unit rumah sebagai langkah keselamatan

“Difahamkan, wanita itu mengaku dirinya ‘Datin’ dan suaminya ‘Datuk’ sebelum mengarahkan pengawal keselamatan mengiringi penghantar makanan hingga ke rumahnya, namun petugas warga Nepal itu tidak berbuat demikian. Lagipun (mengiring penghantar makanan) itu bukan bidang tugas pengawal keselamatan.”

Kemudian wanita itu bersama seorang lelaki terpaksa turun ke lobi mengambil makanan dan sebelum beredar, dia menampar salah seorang pengawal keselamatan.

Tambah Hazri lagi, menampar pengawal keselamatan adalah sangat tidak bermoral.

 

Walaupun pengawal keselamatan itu tidak cedera, namun dia tidak sewajarnya ditampar apatah lagi dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Menurut sumber, laporan polis akan dibuat hari ini.  Berdasarkan video berdurasi 39 saat itu, pengawal keselamatan terlibat tidak melawan selepas ditampar, sebaliknya memegang pipinya yang dipercayai sakit akibat tindakan tersebut.

Malah, ramai netizen di Facebook & Twitter bengang dan mengutuk tindakan tak ada sivik Datin tersebut sekeras-kerasnya. Ada yang keluarkan kata-kata kesat!

Title tinggi tapi adab kelaut pun tak guna juga kan? Kalau dah maki hamun pun nampak biadap apatah lagi sampai nak naik tangan.

 

Baca : Kejam! Seorang Bapa Tumbuk, Tampar Dan Hempas Bayinya Yang Berusia 1 Bulan Sampai Mati Selepas Kalah Main Video Game.

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.