Tsutomu Miyazaki : Digelar ‘The Otaku Murderer’ , Necrophile, Kanibal & Vampire Paling Brutal Kerana Minum Darah Dan Daging Mangsa.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa kat sini suka baca kisah-kisah pembunuhan bersiri yang kejam dan sadis cepat angkat tangan! Kita geng.

Kali ni admin nak share thread di twitter baca pasal seorang lelaki di Jepun yang menyasarkan kanak-kanak bawah 7 tahun untuk dijadikan mangsa pemuas nafsu sebelum dibunuh dengan kejam.

Kisah ni pasal Tsutomu Miyazaki atau dipanggil ‘The Otaku Murderer’, dia ni merupakan seorang yang kejam dan berada di kelasnya yang tersendiri.

Sebab apa admin cakap macam tu, sebabnya dia juga necrophile, kanibal dan dianggap vampire kerana selain makan daging mangsa, dia juga minum darah kanak-kanak yang dia bunuh..bapak seram weh!

 

Tsutomu Miyazaki , lahir pramatang dan dipulaukan oleh kanak-kanak lain waktu zaman kecil

 

Mangsa pertama kanak-kanak 4 tahun, dirogol, bunuh dan dibiarkan sampai reput sebelum pisahkan anggota badan

Kalau korang nak tau betapa psiko nya Tsutomu ni, hampir semua mangsa dia ialah kanak-kanak perempuan bawah 7 tahun yang akan diperlakukan dengan kejam iaitu dia bunuh, rogol dan biarkan reput dan terurai supaya senang dia bakar mayat tu.

Mesti korang fikir kan, dia akan tanam mayat tersebut bila dah reput.

SALAH! Sebab dia akan bakar anggota badan yang dah reput tu especially tulang, masukkan dalam kotak dan diletakkan poskad dengan ‘tagline’ atau perkataan yang menggambarkan si mati then dia akan hantar kepada keluarga mangsa tu..weh! ni bukan level binatang dah ni.

 

Paling kejam! Mayat ke-4 lagi sadis apabila Tsutomu potong tangan mayat untuk dia simpan sebab nak makan daging dan minum darah mangsa

Ayako Namoto mungkin menjadi mangsa yang paling sadis antara semua sebab, lepas je dia mati, Tsutomu ambil gambarnya dalam pelbagai posisi, dibiarkan 2 hari lepas tu dia cabul mayat Ayako ni.

Kepala Ayako yang dipotong, diletak kat bukit, manakala tangan Ayako dia simpan weh.

 

Akhirnya Tsutomu digantung sampai mati pada 2008, tapi alasan dia melakukan perbuatan kejam tu memang tak masuk akal langsung!

Moral of the story, selalulah beri perhatian kepada orang sekeliling kita especially kawan dan ahli keluarga kita, kalau tak takut jadi seperti Tsutomu Miyazaki ni.

Baca : Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.