in

TS Noor Hisham Jelaskan ‘Biskut Mayat’ Selamat

Ft Biskut Mayat Selamat Dimakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral sebelum ini berkenaan dengan isu ‘biskut mayat’ yang dikatakan bahaya dimakan kerana mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan pemakan.



Susulan dengan dakwaan itu, hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah tampil beri kenyataan berkenaan isu tersebut agar dapat menghilangkans egala kemusykilan dan kebimbangan orang ramai.

 

Tahap purata acrylamide adalah 246 di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation 

Menurutnya isu pencemaran Acrylamide dan Glicidol itu timbul susulan dengan laporan yang dibuat oleh CHOICE Magazine do dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong berkaitan dengan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut.

Antara produk-produk yang dijual di pasaran Hong Kong yang mengandungi kedua-duka bahan itu adalah prduk yang dikilangkan di Malaysia iaitu Hup Seng, Jacobs dan Julie’s. Tidak dinafikan, kajian daripada International Agency for Research on Cancer mendapati bahawa Acrylamide dan Glicidol ini boleh memberikan risiko kepada kesihatan manusia.

Biskut Mayat Selamat Dimakan. 3

Ini kerana Acrylamide merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makan tetapi ianya boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentag dan proses yang bersesuaian.

Biskut Mayat Selamat Dimakan. 2

Disebabkan itu, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) sejak 2015 mendapati bahawa tahap purata Acrylamide adalah 246 μg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation 350 μg/kg.

Malah, BKMM turut menjalankan penilaian risiko ke atas Acrylamide dan Glicidol dalam makanan dan ia menunjukkan bahawa risiko kesihatan terhadap kedua-dua bahan tersebut melalui pengambilan biskut adalah rendah.

 

Baca :  “Biskut ‘kering’ kami selamat” – Hup Seng Tampil Jawab Isu Biskut Tak Selamat

Biskut Hup Seng Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.