in

“Trend ikut syahwat” – Tareq Fit Sifatkan Trend Lagu Jamilah Mengarut

ft tareq jamilah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial, Tareq Fit membuat satu kenyataan dan teguran secara terbuka buat mana-mana golongan lelaki yang mengikuti trend yang kini sedang tular di TikTok, di mana lelaki berbaring di katil sambil ‘lip-sync’ lagu Jamilah yang mula dilakukan oleh pelakon Que Haidar.

Menerusi TikTok miliknya, Tareq Fit meluahkan rasa kurang senang terhadap trend itu dan melabelkannya sebagai satu trend yang mengarut.


Artikel berkaitan : “Ini budaya barat nak hancurkan Islam” – Tareq Fit Tegur Pempengaruh Lelaki Yang Pakai Makeup

Artikel berkaitan : Netizen Kurang Senang Dengan Kenyataan Bapa Abang Aji, Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Jangan Jadi ‘Racist’

 

Trend mengarut – Tareq Fit

Baginya, trend ini hanya sekadar trend ‘ikut syahwat’ yang merosakkan imej dan aura seorang muslim. Dia juga sifatkan bahawa dengan melakukan trend tersebut ia menjejaskan aura seorang lelaki sejati.

“Lelaki sibuk dengan Jamilah, trend mengarut, trend yang ikut syahwat. Orang lain ikut, mana aura lelaki, mana aura seorang muslim.”

“Baring atas katil rakam diri, nak attention kan? Nak cari pujian kan? Orang lain semua ikut, ini bukan aura lelaki jantan sejati faham?”

Dia juga menyifatkan bahawa trend sebegitu menjadi punca ramai lelaki zaman sekarang kelihatan semakin lemah dan hilang jati diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tareq Fit (@tareqfit91)

“Sebab tu zaman kita, lelaki menjadi lemah. Kalau ketua lemah semua akan jatuh. Kebanyakan yang menganggu masyarakat kita, agama kita sekarang ini adalah lelaki. Sebab lelaki lemah tak ikut undang-undang agama Islam.”

Oleh itu, Tareq menyeru kaum lelaki agar tidak mengikuti trend lagu Jamilah yang menjatuhkan maruah diri.

“Jangan emosi, jangan melenting, jangan cepat koyak. Kuatlah sikit. Lelaki lemah sahaja mencari attention, mencari pujian daripada orang lain. Lelaki yang kuat, sejati dia tak kisah pun.”

“Dia akan buat benda yang betul, yang ikut agama, yang ikut Allah S.W.T. Orang puji tak puji, tak kisah, fokus sahaja.”

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.