in

Tragedi Letupan Di Beirut: Di Manakah Lagi Tempat Simpanan Ammonia Nitrat Di Dunia?

Ef6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu kita dikejutkan dengan tragedi letupan maut di sebuah pelabuhan dekat Beirut, Lubnan. Hasil siasatan awal mendakwa insiden tersebut berlaku kerana letupan dari 2,750 tan ammonia nitrat yang berada di dalam salah sebuah gudang di pelabuhan tersebut…betul ke?


Sejak tragedi itu, bahan kimia ammonia nitrat ini mula menjadi perhatian lebih-lebih lagi berkaitan penggunaannya dalam industri dan tindak balas kimia ammonia nitrat dengan bahan lain.

Ef5

Kalau korang nak tahu, ammonia nitrat ini digunakan secara meluas sebagai baja, tujuan letupan dalam sektor perlombongan dan apa yang membimbangkan adalah penggunaannya dalam penghasilan bahan letupan tidak sah.

Jika bahan ini dikatakan berbahaya, di manakah lagi ammonia nitrat ini pernah disimpan?

Menurut BBC, terdapat 5 buah negara pernah menyimpan bahan kimia ini.

 

Ini 5 Negara Yang Pernah Menyimpan Ammonia Nitrat

1. India

Pada 2015, di Chennai India, ammonia nitrat seberat 740 tan telah disimpan di dalam 37 kontena. Tempat penyimpanan ini hanya terletak kira-kira 20km dari kawasan perumahan di bandar Chennai.

Pihak berkuasa tempatan telah mengenal pasti kegiatan tersebut berpunca daripada aktiviti sebuah syarikat yang telah mengimport bahan tersebut dari Korea Selatan yang didakwa digunakan bagi tujuan pertanian.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan susulan mendapati syarikat tersebut tidak mempunyai lesen yang sah untuk menyimpan bahan tersebut malah telah menjualnya kepada pihak yang tidak dapat dikesan identiti mereka.

Susulan itu, sebilangan kecil dilupuskan setelah rosak akibat banjir pada tahun 2015 dan selebihnya kira-kira 697 tan telah dilelong dan diangkut ke negara jiran, Telangana.

Ef4

2. Yaman

Kerajaan Yaman telah menerima laporan tentang penyimpanan 100 bekas ammonia nitrat di pelabuhan selatan Aden.

Bahan kimia itu telah diimport tiga tahun lalu dan disita oleh pasukan pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gabenor Aden, Tariq Salam juga memberikan respon tentang kejadian tersebut.

“Pasukan pipinan Arab Saudi tersebut bertanggungjawab ke atas kandungan kargo berbahaya ini, yang dianggarkan merangkumi 4,900 tan amonium nitrat yang disimpan di 130 kontena

Walau bagaimanapun kenyataan ini ditolak oleh pihak berkuasa pelabuhan Yaman dan menjelaskan bahawa bekas itu sebenarnya digunakan untuk menyimpan urea organik, yang digunakan sebagai baja pertanian.

Ef3

3. Iraq

Kerajaan Iraq telah memerintahkan tinjauan segera terhadap bahan berbahaya di pelabuhan dan lapangan terbang yang mendapati ammonia nitrat telah disimpan di lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Seorang pegawai tentera telah menjelaskan bahawa bahan tersebut telah berjaya dipindahkan dengan selamat.

“Direktorat Kejuruteraan Ketenteraan Kementerian Pertahanan Iraq telah memindahkan bahan yang sangat berbahaya dari bahagian kargo udara di lapangan terbang Baghdad ke destinasi mereka, gudang Direktorat Kejuruteraan Tentera dengan selamat

Ef2

4. Australia

Di Newcastle, New South Wales. Sebuah sebuah syarikat yang membekalkan bahan letupan kepada industri perlombongan, Orica telah didesak oleh orang ramai untuk memindahkan atau mengurangkan stok amonium nitrat yang besar di sebuah gudang yang jaraknya hanya 3km dari pusat bandar.

Namun begitu, Orica menyatakan bahawa kandungan itu selamat di bawah pengawasan pihak berwajib Australia, SafeWork SA yang juga menjelaskan amonium nitrat yang disimpan di 170 tempat dikawal selia dan dipantau di seluruh rantau itu dengan baik.

Ef1

5. Pelabuhan United Kingdom

Siasatan telah dilancarkan terhadap kegiatan menyimpan amonium nitrat di sebuah pelabuhan besar di Lincolnshire, Immingham, dan juga di beberapa lokasi lain di wilayah Humber.

Sebuah laman web telah dibina untuk mengawasi cara penyimpanan ammonia nitrat di pelabuhan itu. Hal ini bagi memastikan semua syarikat mematuhi peraturan yang ketat dan memastikan bahan itu dikendalikan dengan selamat.

Ketua Persatuan Penyelarasan Pengendalian Kargo Antarabangsa, Richard Brough berkata, ammonia nitrat…

“ditetapkan syarat kerana ia adalah bahan berbahaya yang berdaftar. Bahan itu sendiri selamat digunakan tetapi boleh menjadi masalah besar apabila ia tercemar

Ef

Baca: Dari Baja Jadi Bom! Kenali Baja Kimia Ammonia Nitrat Punca Banyak Letupan ‘Besar’ Industri Sejak Berdekad Lalu

Ef7

Sumber: OhBulan
Sumber: Gamba Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.