in

Dari Baja Jadi Bom! Kenali Baja Kimia Ammonia Nitrat Punca Banyak Letupan ‘Besar’ Industri Sejak Berdekad Lalu

Gambar Hiasan 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, kita dihujani dengan berita yang kurang enak berkenaan isu tragedi letupan yang mengerikan di Beirut, Lubnan. Pelbagai teori dan konspirasi tentang punca letupan itu dan antara yang hangat diperkatakan ialah letupan tersebut berpunca dari baja kimia Ammonia Nitrat. Tapi  Ammonia Nitrat tu apa?


 

Ammonia Nitrat ‘peledak’ dalam senyap?

Ammonia Nitrat merupakan bahan kristal tanpa bau yang biasa digunakan di dalam industri pertanian. Baja Ammonia Nitrat ini akan cepat menyerap dalam keadaan lembap. Ia membenarkan nitrogen yang berfungsi bagi tumbesaran pokok untuk diserap ke dalam tanah.

Namun bahan ini apabila bergabung dengan bahan bakar, Ammonia Nitrat mampu menghasilkan bahan letupan kuat. Bahan ini turut banyak digunakan oleh industri pembinaan dan turut digunakan oleh kumpulan pengganas seperti Taliban untuk membuat bahan letupan sendiri.

Ammonium Nitrat 1024X576 1

 

Korang tahu tak Ammonia Nitrat ni punca banyak letupan industri?

Sebelum ini, kejadian letupan berpunca daripada bahan yang sama pernah terjadi di kilang baja di Waco,Texas, Amerika Syarikat pada 2013 dan mengorbankan 70 nyawa.

Selain itu, kemalangan Ammonia Nitrat juga pernah menjadi ‘dalang’ letupan di kilang kimia di Toulouse, Perancis pada 2001 yang mengakibatkan 29 orang terkorban. Malah ada spekulasi mengatakan ia sebagai serangan terrorist susulan kejadian itu berlaku genap 10 hari selepas tragedi 11 September 2001.

Walaupun bahan itu didapati agak membahayakan, ia masih dibenarkan lagi digunakan bagi sektor pertanian dan pembinaan. Ammonia Nitrat masih diperlukan dalam kedua-dua sektor berkenaan, cuma penggunaanya perlukan perhatian dan penjagaan yang lebih rapi.

Pun begitu, kejadian yang berlaku semalam di Lubnan itu bukanlah pertama kali berlaku didalam sejarah dunia, namun ia mungkin letupan paling terburuk pernah direkodkan  setakat ini. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Lubnan di sana.

Baca: Ia jelas letupan bom tentera Bekas CIA Dakwa Letupan Di Beirut Bukan Hanya Berpunca Dari Ammonia Nitrat

Q 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.