in

Tortilla Wrap Hack Viral di TikTok, Jom Cuba Resepi Mudah Ni!

F3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mungkin buntu tak tahu nak makan apa terutamanya ketika work from home kan.  Walaupun bekerja dari rumah, makan tengah hari tu jangan dilupakan. Kang kena gastrik pulak.

Untuk korang yang tengah sibuk bekerja tu, sekarang admin nak kongsikan resepi tortilla wrap yang tengah trending sekarang ni dekat TikTok. Rupa-rupanya ada cara yang lebih mudah untuk kita buat tortilla wrap ni.


Difahamkan, resipi ini mula viral selepas video masakan tersebut telah dimuat naik oleh @ellcarter1 di Tiktok. Cara-caranya pun mudah je: 

#1 Bahagikan tortilla wrap kepada empat bahagian 

Mula-mula, korang ambil tortilla wrap dan bahagikan wrap tersebut kepada empat bahagian. Jadi, setiap bahan yang korang nak perlu diletakkan di bahagian masing-masing supaya senang kita nak lipat wrap tu nanti.

resipi 1

Jangan risau, kalau korang takde tortilla wrap ni kat dapur pun takpe, boleh gantikan dengan roti paratha frozen. Boleh juga kalau korang nak guna Roll-Up Wraps jenama Gardenia.

#2 Gunting separuh pada bahagian tengah tortilla 

Bahagian ni lah bahagian yang paling penting. Bila korang gunting sikit pada bahagian tengah wrap tu, senang lah nanti bila korang nak lipat. Sebelum ni kita cuma gulung je kan wrap ni, tu yang tak berapa nak menjadi tu. Asyik terkeluar je kan bahan-bahan kat dalam gulungan tu. 

resepi 2

#3 Letakkan bahan-bahan kegemaran korang dan lipat wrap tersebut 

Antara bahan yang korang boleh letak dalam wrap ni adalah ketulan nugget yang telah dipotong kecil-kecil, sayur-sayuran seperti salad atau tomato, chicken slice atau ketulan ayam. Boleh buat ala-ala shawarma kan. Yang paling penting, jangan lupa letak mozarella cheese atau cheddar cheese. Baru lah cheesy kan. 

resepi 3

#4 Masak wrap di atas kuali anti lekat 

Akhir sekali, jangan lupa masak tortilla wrap tu di atas grill pan atau non-stick pan. Baru lah tortilla korang tu tak melekat atau hangit. Kalau nak lagi sedap, korang juga boleh sapu sedikit butter atau margerin pada bahagian luar wrap tersebut. Jadi, rasa wrap tu akan bertambah sedap.

Korang boleh tengok sendiri video tortilla wrap hack yang tengah viral di TikTok ni.

@ellcarter1

#fyp #foryoupage #food

♬ Sexy Bitch (feat. Akon) [Extended] – David Guetta

Untuk korang yang nak cuba versi Malaysia pula, korang boleh tengok resipi yang telah dikongsikan oleh @AshFoodhunter menerusi TikToknya.

@ashdanwife

Tortilla Wrap but with Samyang Hot Mayo 🔥🔥 Thank you @itisnish for the cover 😍👍🏻 #fyp #malaysia #food #spicy #samyang #viral

♬ Jika ada makanan – Ash&Wife

Nampak macam menyelerakan kan. Tak sabar rasanya nak cuba resepi ni. Untuk korang yang belum try tortilla wrap ni, tunggu apa lagi? Selamat mencuba! 

Baca: Murah, Jimat & Sedap! Ini Resipi Almond Milk Yang Boleh Korang Campur Dengan Kurma Waktu Sahur Nanti 

resipi

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.