in

“Top tier masterpiece” – #Throwback Filem Allahyarham Mamat Khalid Yang Akan Tersemat Di Memori Peminat

Edited Mamat Khalid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian pengarah filem terkenal tanah air, Allahyarham Mamat Khalid pada Sabtu lalu amat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan industri filem dan para penggemar karya beliau.


Karya-karya beliau yang begitu popular dengan genre komedi sentiasa mempunyai tempat di dalam hati setiap peminatnya serta masih menghiburkan walaupun berkali-kali diulang tonton.

Dikongsi di laman Twitter saudari edism13, babak orang kampung sedang melepak di kedai kopi dalam filem Hantu Kak Limah merupakan antara top tier masterpiece oleh beliau yang sentiasa buat penonton terhibur!

Babak di mana watak Pak Abu yang dilakonkan oleh Allahyarham Zami Ismail sedang bercerita di warung sambil didengar khusyuk orang kampung itu menjadi salah satu favourite penonton. Lawak penceritaan Pak Abu yang panjang dan berpusing-pusing sampai ke sudah tetapi masih dilayan oleh orang kampung itu pastinya sentiasa menjadi bahan hiburan penonton.

“Komedi Melayu terbaik daripada Mamat Khalid. Simple tapi membawa sentimen orang kampung yang suka berbual di kedai makan.”- Edism13

Tak mustahil kalau ada sebilangan penonton yang sudahpun menghafal babak tersebut. Hal ini kerana dialog yang dilakonkan kelihatan sangat natural dan bersahaja. Tambahan pula, lawak-lawak di dalam karya Allahyarham boleh dikatakan kebanyakannya sangat menghiburkan dan evergreen.

Bukan hanya babak dari filem Hantu Kak Limah sahaja, sebenarnya banyak lagi babak dalam karya lain beliau yang menjadi favourite para penggemar filem tempatan seperti Rock Ooo…! dan 18 Puasa: Di Kampong Pisang.

Jadi, scene filem Allahyarham yang mana favourite korang?

Baca:Mamat Khalid Dalam Kenangan, Ini 5 Filem Beliau Yang Tak Bosan Ditonton Berulang Kali

Mamat Khalid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.