in

Mamat Khalid Dalam Kenangan, Ini 5 Filem Beliau Yang Tak Bosan Ditonton Berulang Kali

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, pengarah filem Malaysia, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Mamat Khalid atau nama sebenar beliau, Mohamad bin Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River, Perak kira-kira jam 11.25 malam tadi.


Beliau terkenal dengan hasil karya yang unik serta tidak cliche. Malah, jenaka dan mesej yang disampaikan menerusi filem juga mudah untuk difahami dan dekat dengan penonton.

Untuk menghargai karya-karya beliau, hari ini Lobak Merah akan senaraikan 5 filem arahan Mamat Khalid yang mantap dan tak bosan meskipun ditonton berulang kali.

1. Man Laksa (2006)

Man Laksa

Filem yang penuh dengan jenaka dan plot yang mudah untuk difahami. Man Laksa merupakan filem bergenre komedi dan menjadi filem keempat hasil terbitan Mamat Khalid.

Filem yang diterbitkan pada 2006 ini dibintangi oleh Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek serta ramai lagi bintang yang hebat.

Filem ini berkisarkan keluarga Pak Maon yang kehilangan harta benda akibat kebakaran pada musim banjir, dan satu anekaragam diadakan bertujuan untuk mengumpul derma buat keluarga ini.

Filem ini juga memaparkan kisah cinta Man Laksa dan Chah, serta watak jahat Saedon Dengki yang mahu merampas Chah dari Man Laksa.

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan penduduk Kampung Pisang yang berasa mereka akan hidup aman selepas diserang zombi. Namun, mereka silap apabila penduduk kampung diganggu pula oleh hantu yang digelar Kak Limah.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin bersama rakan-rakannya, Abi Hurairah, Usop Wilcha serta penduduk kampung mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan Hantu Kak Limah. Filem ini takkan bosan meskipun ditonton berulang kali!

3. Zombi Kampung Pisang (2007)

Filem ini merupakan filem pertama yang memulakan ‘universe’ Kampung Pisang di mana penduduknya sentiasa berhadapan dengan gangguan misteri.

Zombi Kampung Pisang

Zombi Kampung Pisang boleh dikatakan sebagai filem zombi terbaik di dunia kerana tiada zombi lain di negara lain yang mampu membuat ‘wheelie’ menggunakan motosikal seperti filem ini.

Zombi Kampung Pisang dibintangi oleh Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, dan Sofi Jikan.

4. Rock (2005)

Diterbitkan pada tahun 2005, filem pertama trilogi Rock ini dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Nabila Huda dan Siti Elizad.

Filem Rock 2005

Rock mengisahkan tentang pengembaraan kumpulan Rimba Bara untuk menjadi kumpulan Rock terkenal di tanah air. Namun, mereka perlu menewaskan kumpulan Black Metal, Malaikat Haus di ‘battle of the band’. Wajib tonton!

5. Kala Malam Bulan Mengambang (2008)

Menariknya tentang Kala Malam Bulan Mengambang, filem ini bertemakan ‘neo-noir’ iaitu hitam dan putih. Tujuan tema ini adalah untuk menghargai penggiat seni filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga ke Studio Merdeka.

Kala Malam Bulan Mengambang

Dibintangi oleh para pelakon yang hebat seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil dan Bront Palarae, filem ini memang wajib ditonton!

Salam takziah buat keluarga Mamat Khalid.

 

Kredit: Kakimuvee

BACA: Perginya Seorang Anak Seni, Mamat Khalid Meninggal Dunia

Capture 13

Sumber: kakimuvee
Sumber: kakimuvee
Sumber: kakimuvee
Sumber: kakimuvee
Sumber: kakimuvee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.