in

Tony Fernandes Disiasat

fortuneindia2F2018 052Fdf3fbd5b 9fcc 4271 b5c7 0ded8d6577932FTony Fernades

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kita dengar pasal YB Syed Saddiq mempertahankan Tony Fernandes yang kononnya begitu kuat menyokong bekas Perdana Menteri dan Barisan Nasional. Lepas tu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia tu sendiri tampil dan membuat kenyataan yang dia sebenarnya ditekan untuk sokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menurut MSN News, kali ni tiba-tiba ada cerita pasal Tony Fernandes kena siasat pula lepas beberapa hari Datuk Seri Najib Razak disiasat SPRM. Namun siasatan terhadap Tony bukanlah dari SPRM tapi sebaliknya Biro Penyiasatan Pusat (CBI) di New Delhi, India.


tony 2
Sumber: MSN News

CBI dikatakan telah memfailkan kes terhadap Tony kerana melanggar peraturan untuk mendapatkan lesen penerbangan antarabangsa di India. Selain Tony, CBI turut mendaftarkan kes terhadap enam orang individu lain bagi dua kesalahan.

Enam orang individu tersebut disiasat kerana didakwa melanggar norma pengarah syarikat penerbangan untuk mendapatkan lesen bagi operasi antarabangsa dan melanggar peraturan Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB).

“Pelanggaran peraturan oleh pengarah syarikat penerbangan mengikut peraturan 5/20 di sektor penerbangan untuk mendapatkan lesen bagi operasi antarabangsa apabila sesebuah perusahaan sepatutnya memerlukan pengalaman selama lima tahun dan 20 pesawat sebelum layak mendapat lesen,” jelas seorang pegawai dari India.

12TH AIRASIA
Sumber: The Hindu

Pun begitu, Tony Fernandes dikatakan melanggar peraturan ini dan melobi penjawat awam demi mendapatkan lesen operasi pesawat antarabangsa tersebut.

“Tony Fernandes disyaki melobi menerusi penjawat awam untuk mendapatkan kelonggaran mengikut peraturan 5/20 sedia ada.”

Berikutan itu, CBI kini sedang melakukan siasatan di enam lokasi di Delhi, Mumbai dan Bengaluru berhubung kes ini. Pihak wartawan sudah cuba mendapatkan kenyataan dan ulasan dari Tony namun dia masih gagal dihubungi hingga kini.

Betul ke Tony sanggup buat macam ni? 

Baca: “Maaf. Saya ditekan untuk sokong pentadbiran Najib”

dlsd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.