in

Tonton Perlawanan Percuma dan Berpeluang Menang Trip VIP Ke Old Trafford, Penyokong Man Utd KENA Pergi Sini!

Mu1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini kita dengar kisah seorang wanita berjaya menjadi satu-satunya pemain perempuan yang menyertai pasukan permainan video bola sepak, ini ada lagi berita baik buat peminat bola sepak dalam negara. Jika anda peminat setia Manchester United, tahukah anda ada satu acara yang boleh buat anda menyesal kalau terlepas?


Pasukan bola sepak terkenal Manchester United atau lebih dikenali sebagai Man Utd khabarnya akan menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung di antara Man Utd dan Liverpool pada 10 Mac 2018 ini! Acara diadakan bagi peminat MU ini akan berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Mu1
sumber: manchester united

Siaran perlawanan bola sepak secara langsung ini adalah sebahagian daripada program jelajah dunia bagi penyokong-penyokong #ILoveUnited. Laungan slogan Glory Glory Man United pastinya akan bergema di Kuala Lumpur ketika berlangsungnya acara yang sangat ditunggu-tunggu peminat bola sepak ini.

Bukan sahaja boleh berkumpul dan bertentang mata dengan ribuan peminat Man Utd dan bersama-sama melaungkan slogan sokongan beramai-ramai, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan duta Man Utd Dwight Yorke dan Dennis Irwin selain lagenda Man Utd, David May! Wah, seronoknya! 

Mu2
sumber: manchester united

Walaupun boleh menonton siaran perlawanan bola sepak secara percuma dan bakal berjumpa dengan lagenda bola sepak, acara ini adalah percuma! Terbuka kepada semua peminat-peminat bola sepak di Malaysia, semua orang boleh menghadiri acara ini dengan percuma jika anda mendaftarkan keahlian rasmi sebelum 4 Mac ini. Baca maklumat lanjut di sini.

Mu3
sumber: manchester united

Sekiranya anda merupakan peminat dan penyokong Manchester United, anda pasti pernah memasang cita-cita untuk ke pergi ke Old Trafford pada satu hari nanti, bukan? Apa yang lebih istimewa jika menghadiri acara ini, anda berpeluang untuk memenangi trip VIP ke Old Trafford! Wow!

Mu4
sumber: manchester united

Siapa peminat Man Utd tu, dah boleh bersedia dengan jersi masing-masing dan ajak kawan daftar sama-sama ye!

Baca: Nia Adyana, Satu-satunya Pemain Wanita Malaysia Sertai Pasukan Asia’s Premier FIFA E-Sports!

Dohwlsdnc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.