Sebenarnya bukan mudah bagi setiap pemilik homestay untuk ‘melayan’ kerenah segelintir pelanggan yang menyewa homestay mereka. Walaupun sudah diberikan tempat yang selesa, namun ada juga pelanggan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda yang telah disediakan.
Tinggal homestay macam ribut taufan
Satu hantaran oleh @lazichomestay di TikTok menunjukkan keadaan homestay tersebut yang ditinggal dalam keadaan berselerak. Bukan itu sahaja, harta benda yang disediakan turut rosak gara-gara perbuatan pelanggan sebelum yang tidak bertanggungjawab.
Artikel berkaitan: Gara-gara Lantai Berminyak Penyewa Lama Buat BBQ Dalam Rumah, Pemilik Homestay Terpaksa Cancel Booking
Artikel berkaitan: “2.10PM masih bertuala” – Tular Video Halau Pelanggan, Tuan ‘Homestay’ Beri Penjelasan
Macam ribut taufan homestay dibuatnya… Ini la antara risiko dalam dunia homestay, tak semuanya indah..
Pemilik homestay berkenaan turut menunjukkan keadaan seterika yang dimasuki air, pelampung kanak-kanak yang telah bocor serta batu-batu hiasan turut dibaling ke dalam kolam renang.
“Tolong kesian dekat customer lain..”
Pemilik homestay tersebut meluahkan rasa terkilan kerana keadaan rumah yang ditinggal berselerak termasuklah beberapa harta benda yang telah rosak. Walaupun setiap pelanggan membayar sewa homestay tersebut, tidak wajar untuk pelanggan merosakkan fasiliti yang disediakan.
Kalau tak nak kesiankan saya, tolong kesiankan pelanggan yang baru nak masuk ke homestay saya ni.. betul anda bayar tapi kena ingat anda bayar tu bukan untuk merosakkan harat benda homestay saya.
Dia turut menunjukkan keadaan kolam renang yang telah dibaling batu hiasan yang boleh merosakkan sistem pam kolam tersebut. Selain itu, pelanggannya juga telah menghisap rokok di dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan tentang larangan tersebut.
Ini kalau rosak sistem pam, memang makan ribu ribu. Tak cukup dengan berapa yang anda bayar. Memang ada peraturan tak boleh hisap rokok dalam bilik, hisap juga. Kita ada masa 3 jam sahaja untuk buat pembersihan untuk customer lain nak masuk.
@lazichomestay Ini la antara risiko dalam dunia homestay, tak semuanya indah 😌 #lazichomestay #homestayprivatepool #homestaymelaka
♬ original sound – LazicHomestay | Pool Melaka – LazicHomestay | Pool Melaka
Bagaimanapun, dia tidak mahu memetik nama pelanggannya namun meminta agar orang ramai ada belas kasihan kepada pemilik homestay dan juga pelanggan-pelanggan lain yang akan masuk selepas itu.
Saya tak nak petik nama.. tapi saya nak semua orang ambil pengajaran. Betul anda ada hak sebagai pelanggan tapi kena ingat juga yang kita ni pun ada hati dan perasaan. Pelanggan lain yang nak masuk selepas ni pun macam mana?
Anda bayar untuk servis, kemewahan, keselesaan yang kami bagi.. bukan untuk rosakkan harta benda.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa terkilan selepas melihat video tersebut.
Moga urusan abang dipermudahkan…
Sumber: TikTok