in

Gara-gara Lantai Berminyak Penyewa Lama Buat BBQ Dalam Rumah, Pemilik Homestay Terpaksa Cancel Booking

Ft Homestay Bbq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemilik homestay terpaksa membersihkan seluruh rumahnya kerana perbuatan penyewa sebelum ini yang membuatkan lantai berminyak dan seluruh fabrik di rumah berbau asap.


Menurut perkongsian pemilik homestay tersebut, ia kerana penyewa sebelum ini melakukan aktiviti BBQ di dalam rumah, malah lebih teruk lagi, dikatakan penyewa sebelum ini keluar rumah dengan begitu lewat.

Artikel berkaitan : “2.10PM masih bertuala” – Tular Video Halau Pelanggan, Tuan ‘Homestay’ Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : Tular Video Didakwa Pelancong China Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands

Disebabkan itu, pemilik rumah terpaksa mencuci lantai dan basuh semua fabrik yang ada di dalam rumah tersebut. Mereka juga terpaksa jemur kesemua bantal yang ada untuk ‘membuang’ bau asap tersebut.

@rumahtanggamerah

Bukan mudah untuk uruskan homestay. Bila jadi situasi begini, jadi speechless.

♬ Sad Music – Max-Music

Pihak pemilik rumah terpaksa menghubungi penyewa baharu dengan menjelaskan situasi mereka. Disebabkan kelakuan penyewa lama, pemilik homestay menjelaskan yang tempahan terpaksa dibatalkan.

Screenshot 2024 02 29 184833

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan sikap penyewa, sikap yang dianggap tiada common sense itu, bahkan ada yang melakukan bisnes homestay seperti ini faham situasi yang mereka hadapi.

Homestay Homestay 2 Homestay 3

Penyewa dari neraka, cuba kalau buat kat rumah sendiri, alahai, sikap tak ada tamadun langsung!

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.