Seorang wanita menjadi mangsa pukul teman lelaki disebabkan cemburu. Itulah yang berlaku kepada wanita dari Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini selepas dia muat naik gambar memakai pakaian dalam di Facebook.
Menurut satu portal, pakaian dalam tu menunjukkan bahagian badan wanita tersebut termasUk buah dada, perut dan seluruh kakinya. Difahamkan, dia muat naik hampir 20 gambarnya memakai pakaian dalam yang berbeza.

Lepas boyfriend dia dapat tahu pasal gambar-gambar tu, dia tak suka dan paksa wanita tersebut delete post tersebut. Namun, wanita itu langsung tidak menurut perintah teman lelaki dia sebab dia bukan saja saja upload gambar tu.
Kerana bengang wanita itu tak dengar arahan, lelaki tersebut belasah dia dengan teruk sampai tinggal kesan lebam di muka, lengan dan kaki.

Wanita tu pula terus malukan lelaki tu dekat Facebook, dia upload dan ceritakan apa yang mamat tu dah buat dan dia bongkarkan yang kekasihnya tu merupakan pegawai kerajaan!
Ini dah kali ke 130 (dia mendera saya). Saya akan teruskan post video dia (memukul) sebagai bahan bukti dan hanya akan berhenti bila polis dah tangkap dia. Saya dah tak tahan. Tolong selamatkan saya.”

Katanya lagi, teman lelaki dia tu kalau marah memang boleh naik gila dan akan pukul, tampar, tendang dia dan rosakkan perabot dalam rumah. Bukan tu je, dia juga akan tarik kepala dan hentak dekat hujung bucu katil.
Selepas siasatan dilakukan, rupa-rupanya wanita itu bukan sengaja upload gambar seksi macam tu tapi sebab dia penjual barang kosmetik dan pakaian dalam. Memang dia kerja sebagai model dan menjual barang tersebut, sebab tu dia upload dekat komuniti Facebook untuk mencari buyer. Sekali sekala dia juga ada buat Facebook Live untuk promote dan jual pakaian.
Tapi katanya, boyfriend dia jealous dengan apa yang dia buat sebab tu dia bertindak menggunakan kekerasan.

Dapat lelaki panas baran, kaki pukul ni elok tinggalkan aje…