Gempar di Twitter dan Instagram yang mengatakan pelakon dan penyanyi Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda telah dilaporkan hilang di Los Angeles menurut posting yang dibuat temannya iaitu rakan artis, Sheila Salsabila.
Difahamkan, sebelum menghilangkan diri, Marshanda yang difahamkan mempunyai kondisi yang disebut sebagai ‘Bipolar Disorder‘ ini sering dilihat menghabiskan masanya dengan Shiela dan rakan-rakan yang lain.
Menurut WebMD, bipolar adalah gangguan mood jangka panjang yang dapat mempengaruhi cara berpikir, perasaan, bahkan perilaku seseorang. Difahamkan, tiada rawatan khusus untuk kondisi ini secara total, namun sesetengah penghidap mampu untuk mengawalnya.
Ngeliat di IG, Marshanda udah dua hari hilang di Los Angeles.
Katanya temennya dia lagi manic episode. ☹️
Semoga cepet ketemu dan baik-baik saja. ☹️ pic.twitter.com/l4rHFPucfk— Muthia (@muthiastp) June 27, 2022
Menurut Sheila, Marshanda sedang mengharungi ‘fasa manik’ atau sering dirujuk sebagai manic phase dalam gangguan bipolar dan telah menghilangkan diri memasuki hari ke-2.
“Dicari hari ke-2, kehilangan seorang warga Indonesia di Los Angeles, dia sedang alami episod manik”
Namun begitu kehilangan pelakon yang pernah menempa nama di Malaysia dengan sinetron ‘Soleha’ dan ‘Aqso dan Madina’ menjadi tanda tanya ramai netizen di seberang kerana kelihatan seperti ianya dibuat-buat dan berkemungkinan untuk ‘konten’.
Menurut salah seorang pengguna Twitter, kelihatan seakan-akan Sheila ini hanyalah mencari publisiti selain sempat memuat naik gambar sambil terseyum sedangkan rakannya sedang hilang.
temen nya yg beritain katanya ilang kayak clout chaser ? pic.twitter.com/8ZTCh5G36F
— bub (@loveoiu) June 27, 2022
Walaupun Shiela melaporkan telah menemukan Marshanda, namun adik kepada Marshanda dengan akaun Instagram, @dollyssa telah memuat naik sebuah posting yang seakan-akan bertentangan dan tampil menjelaskan keadaan.
Menurutnya, artis berkenaan tidak hilang seperti yang digembar-gemburkan dan ketika posting tersebut ditulis, keadaan Marshanda adalah baik-baik sahaja.
Tambah dollyssa atau nama sebenarnya Alyssa Ramadhani tersebut buat masa sekarang ini, dia dan keluarga sedang menyelesaikan masalah yang terjadi sambil sempat berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu keluarga mereka selain tak kurang juga yang mengirim doa buat kakaknya itu.
Difahamkan, pihaknya berharap agar maklumat terkini terkait dengan kakaknya tersebut hanya akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak keluarga sahaja dan ketika ini, mereka inginkan privasi dan meminta semua pihak mendoakan agar segalanya akan kembali seperti biasa.