Isu penganjuran kejohanan Warzone World Championship (WWC) 2025 yang dikatakan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini semakin hangat diperkatakan ramai.
Terbaharu, pihak KBS difahamkan telah memberi amaran tegas dan bakal membuat laporan polis sekiranya penganjur tetap meneruskan kejohanan tersebut tanpa kelulusan rasmi.
Artikel berkaitan: WWC Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Gantung Sementara Penyertaan Petarung Bawah Umur
Artikel berkaitan: Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran
Al Fateh beri penjelasan
Susulan itu juga, salah seorang petarung muda iaitu Al Fateh telah memuat naik video penjelasan berhubung video yang tular berkenaan dirinya dan kejohanan tersebut semalam.
Al Fateh yang juga anak kepada Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusof Azmi telah membuat permohonan maaf kepada KBS dan menterinya atas insiden kekecohan yang berlaku ketika sidang media WWC baru-baru ini.
Menerusi video itu, Al Fateh juga sempat berkongsi mengenai latar belakang hidupnya dan bagaimana anak muda sepertinya boleh terlibat dalam sukan tersebut seawal usia 5 tahun.
Saya start sukan kombat ini daripada usia 5 tahun. Saya baru first time masuk press conference besar-besaran. Mungkin saya terpancing emosi, jadi saya jadi begitu.
“Saya fight pun dah lebih 25 kali. Saya fight boxing pun dah 6 kali campur silat pun dah 18 kali. Sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada semua kepada semua yang terlibat khusus kepada WWC, fighter-fighter legend Malaysia yang ada di situ dan fighter Indonesia,” katanya.
Tambah Al Fateh lagi, kehidupannya juga tidak sama seperti kanak-kanak yang lain, yang mana aktiviti sehariannya lebih fokus kepada sukan kombat, beribadah dan sentiasa berlatih dengan ayahnya.
Boleh lihat penjelasan selanjutnya di bawah:
View this post on Instagram
“Tolong jangan gunakan kanak-kanak untuk membuat penjelasan seperti ini”
Video penjelasan daripada Al Fateh itu bagaimanapun telah menerima teguran daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang meninggalkan komen di posting tersebut.
Menurut Hannah, seorang kanak-kanak tidak sepatutnya memberi penjelasan mengenai hal ini kerana dia tidak bersalah dan pihak penganjur sepatutnya bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Hannah sebelum ini menyatakan pihak KBS tidak menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan program sukan namun menegaskan ia mesti dilaksanakan dalam suasana yang selamat dan sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.
Sumber: Instagram, Sinar Harian
					