Sejak kebelakangan ini, nama pelakon jelita, Nur Fazura sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Namun, kali ini tumpuan bukan terarah kepada konflik peribadinya secara langsung, sebaliknya kepada seorang individu yang sangat setia di sisinya iaitu sahabatnya yang mesra disapa sebagai Chot.
Menerusi satu hantaran yang tular, Fazura dilihat tidak dapat menahan sabar apabila ada pihak yang cuba mengusik atau bercakap buruk mengenai pembantu setianya itu.
Artikel berkaitan: Anak Dapat Hadiah, Ramai Netizen Mula ‘Kenenkan’ Que Haidar & Fazura
Artikel berkaitan: “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”- Fazura Kecewa Fatima Dikutuk Hingga Dipanggil Dengan Nama Bukan-Bukan
Fazura tampil mempertahankan Chot dengan mendedahkan betapa besarnya jasa lelaki tersebut dalam hidupnya. Menurut Fazura, Chot bukan sekadar pekerja, malah individu yang telah menjaganya sejak zaman bujang sehinggalah cahaya matanya, Nur Fatima Aisya dilahirkan.
View on Threads
“Siapa berani sentuh Chot saya ni? FYI, dia dah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari Fatima dalam perut saya juga.”
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila Fazura menyifatkan Chot sebagai satu-satunya sosok “lelaki” di dalam rumahnya yang benar-benar mempamerkan sifat tanggungjawab.
Fazura mendedahkan Chot melakukan segala-galanya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah tugas berat yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ketua keluarga.
“Menjadi satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah saya selama ni yang ada sifat tanggungjawab dari belikan susu, pampers & segala keperluan Fatima. Ganti bulb lampu hingga tolong tukar tyre kereta orang lain yang orang tu sendiri pun tak mampu nak buat,” sindirnya.
Kenyataan Fazura mengenai “tukar tayar” dan “orang tu tak mampu buat” itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya faham siapa yang dimaksudkan oleh aktres tersebut.
Bukan itu sahaja, Fazura turut memuji tindakan pantas Chot setiap kali anak tunggalnya, Fatima jatuh sakit. Jelasnya, Chot adalah individu yang akan memandu dan menguruskan segalanya tanpa perlu disuruh.
Sumber: Threads
