“Tolak sampai muka dia jatuh ke lantai” – [Video] Polis Lempar Remaja Sampai Tersembam Sebab Keluar Tak Pakai Tudun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang pegawai polis tolak remaja perempuan sampai jatuh tersembam selepas dia ditahan semasa jalan-jalan di tempat awam tanpa memakai hijab.

Dikatakan wanita dari Iran itu tak endahkan polis tersebut apabila dia ditahan suruh berhenti sementara menunggu pegawai polis wanita untuk tangkap dia.

 

Lempar sampai muka tersembam

Bengang dengan kelakuan wanita tu, pegawai polis tersebut tarik dan tolak badan wanita itu sampai mukanya tersembam ke atas lantai.

Dalam video tersebut, dilihat juga yang polis tersebut tumbuk pipi dagu remaja tersebut. Video yang dikongsikan oleh seorang wartawan dari Iran, Masih Alinejad itu menunjukkan yang cubaan remaja untuk melawan pihak polis itu gagal kerana bentuk fizikal pegawai tu lebih tinggi daripadanya.

Orang awam dilihat mengelilingi lokasi kejadian cuba untuk meleraikan tindakan pegawai polis tersebut.

Lapor Dailymail, kes kekejaman polis terhadap wanita yang tak bertudung dilihat sebagai satu masalah yang semakin meningkat di negara Republik Islam ini, untuk pengetahuan di Iran akan ada satu team polis khusus untuk agama kerana undang-undang Syariah di sana sangat ketat.

Salah satunya adalah nak membendung wanita yang tak tutup aurat ni. Jadi, dikatakan wanita disana disana berisiko menjadi ancaman polis-polis agama.

Bagaimanapun, wanita-wanita di sana semakin berani  berhadapan dengan mereka untuk menanggalkan hijab mereka di rumah.

Ada juga yang memilih untuk memakai skarf berwarna-warni tapi sengaja menampakkan sebanyak rambut yang boleh ditunjuk. Ini kerana ada ulama mengatakan golongan itu harus dicerca kerana ‘mengganggu perdamaian sosial.

 

Baca : Kenali Zoha Rahman, Satu-satunya Gadis Muslim Berhijab Dalam Filem Spider Man: Far From Home

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?