in

Tindakan Tatatertib, Hukuman Terhadap Kes Buli Di Institusi Pengajian Tinggi.

ft kes buli ipt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius isu buli yang berlaku di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Terdapat 31 kes buli telah dilaporkan di lapan buah Universiti Awam (UA) dalam tempoh 11 tahun, iaitu dari 2014 hingga 2025, dan tindakan telah diambil di peringkat pengurusan universiti masing-masing.


Menjawab pertanyaan Tuan Afnan Hamimi di Parlimen baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan, kes-kes buli ini termasuk dalam bentuk fizikal dan siber (cyberbullying) yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa.

FW1311029 PTJ31 22062023 ZAMBRY lpr

Tambahnya lagi, pelajar UA yang terlibat dalam kes buli boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(ii), Kaedah-kaedah (Tatatertib Pelajar), yang telah diseragamkan melalui pindaan pada tahun 2024.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan tahap keseriusan kesalahan, dan seseorang pelajar yang didapati bersalah boleh dikenakan satu atau gabungan dua atau lebih hukuman berikut:

  • amaran
  • khidmat masyarakat tidak melebihi 24 jam
  • denda tidak melebihi lima ratus ringgit
  • dilarang berada di dalam mana-mana bahagian kampus bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib
  • dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam desasiswa
  • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi suatu tempoh
  • dibuang daripada universiti
Bagi IPTS pula, Seksyen 33 Akta IPTS 1996 (Akta 555) menggariskan tanggungjawab Ketua Eksekutif IPTS untuk menyelia hal-hal berkaitan kebajikan dan disiplin di institusi, termasuk pencegahan dan pengendalian kes buli secara menyeluruh.
Screenshot 2025 08 12 125556

Dalam pada itu, KPT juga telah mengambil beberapa langkah untuk menangani gejala buli serta meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua UA seperti:

  • Penerapan Budaya “zero-tolerance” Terhadap Buli
  • Mekanisme Sistem Pelaporan Kes Buli
  • Penambahbaikan Sistem Keselamatan Kampus dengan pemasangan CCTV yang lebih meluas
  • Pelaksanaan Program Kesedaran dan Pendidikan Buli
  • Penekanan terhadap pembinaan sahsiah, etika dan latihan kepimpinan
  • Pembangunan Standard Operating Procedure (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli
Tambahnya lagi, KPT menegaskan bahawa kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan, tidak akan melindungi pelaku, dan akan bekerjasama penuh dengan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan yang telus dan profesional bagi setiap kes buli yang dilaporkan.
Sumber: Foto Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.