in

“Tindakan Syamsul tak berasas, jumlah saman hanya ditentukan mahkamah” – Peguam Sivil

Saman 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof baru-baru ini mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan tindakan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berikutan dakwaan kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Bagaimanapun, tindakannya itu dianggap tidak berasas menurut peguam sivil dari Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli kerana pengarah tersebut tidak boleh tentukan jumlah saman. Sebaliknya, jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah.


Screenshot 20221223 044013

“Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.

“Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam,” katanya.

Selain itu, Hafez menekankan perkara pertama yang perlu dilakukan Syamsul adalah membuktikan dirinya difitnah.

“Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

“Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

“Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti,” katanya.

Jelasnya, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.

“Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan Syamsul Yusof tidak akan mengeruhkan lagi keadaan dan dalam masa yang sama tidak akan mencampuri urusan anaknya.

Baca: “Ya, ianya fitnah” – Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta?

Ft Syamsul Yusof Nak Saman Jawi 1

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.