in

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ Selangor & 5 Anggota Polis Antara 7 Penjawat Awam Direman Kes Rasuah

Kes Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dilaporkan antara 7 individu yang direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah, lapor Kosmo!.


Kesemua 7 individu direman itu merupakan penjawat awam iaitu:

  • 5 anggota polis (termasuk pegawai berpangkat Inspektor)
  • 2 daripada JPJ (termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa)

Mereka yang berusia antara 32 hingga 55 tahun itu direman bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli dan ditahan bermula jam 4.30 petang hingga 8.50 malam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Rasuah1

Hadir memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiringi pegawai SPRM kira-kira jam 10 pagi tadi, mereka ditahan berikutan siasatan menerima rasuah bulanan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing dua tahun lalu.

Penahanan itu adalah hasil siasatan lanjut terhadap empat suspek sebelum ini yang membabitkan pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan pemilik syarikat pembekal pekerja asing.

“Siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek baru ini turut terlibat menerima rasuah secara bulanan RM500 hingga 5,000 daripada seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat pembekal pekerja asing.”

“Rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.”

Mereka dipercayai melakukan kesalahn tersebut antara tahun 2018 dan 2019. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Baca: “Siapa makan cili dia rasa pedas” – SPRM Dah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti, Minta Tampil Sebelum Dipanggil

Macau Senarai

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.