in

Tidak Sengaja Ikut Feri di Labuan, Wanita Berkeras Mahu Terjun Paksa Berpatah Balik

Bg 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tidak Sengaja Ikut Feri di Labuan, Wanita Berkeras Mahu Terjun Paksa Berpatah Balik
Loading
/

Sebelum mahu bertindak melakukan sesuatu, fikir dahulu akibatnya kerana tindakan yang akan dilakukan mungkin merisikokan nyawa sendiri atau orang lain.


Seorang wanita di Sabah sanggup membahayakan nyawanya sendiri kerana berkeras mahu terjun dari feri yang bergerak di sebuah pelabuhan di Labuan.

1 3 E1499159227555
sumber : hafizcj. Wordpress. Com

Seorang netizen menggunakan nama Ricxes Marine Labuan menceritakan insiden tersebut yang kini telah mendapat sebanyak 1,400 likes dan lebih 5,000 perkongsian di Facebook.

Menurut Ricxes, wanita tersebut dikatakan telah menaiki feri itu kerana ingin menemani saudaranya ke dalam pengangkutan terbabit menuju ke Jeti Menumbok pada hari kejadian.

2 8
sumber : abunuha. Wordpress. Com

Sebaik kereta masuk ke dalam feri, wanita itu berbual seketika bersama saudaranya. Sedang mereka leka berborak, tanpa disedarinya feri tersebut telah memulakan perjalanan meninggalkan jeti untuk bergerak ke destinasi yang dituju.

Hanya selepas beberapa ketika baru wanita itu menyedari bahawa feri itu sudah pun bergerak menjauhi darat. Dia yang tidak mempunyai niat untuk menuju ke destinasi itu bersama saudaranya kemudian mula resah dan menimbulkan kekecohan.

Sumber : Facebook

Panik dengan situasi tersebut, wanita berkenaan terus menuju ke hujung feri dan berkeras meminta pengangkutan itu berpatah balik ke darat. Wanita itu malah bertindak di luar kawalan sehingga mahu terjun dari feri tersebut!

Mujurlah pekerja yang bertugas di feri itu berjaya mengawal situasi dan mengikut permintaannya. Feri tersebut akhirnya terpaksa patah balik dan wanita itu dilaporkan selamat tiba di darat tanpa sebarang kecederaan.

1 8
sumber : facebook

Ricxes turut menyoal kecekapan pihak berkenaan dan berasa tidak puas hati atas kecuaian mereka membenarkan perkara seperti ini berlaku. Dia menasihati agar mereka memperbaiki cara-cara pengendalian (SOP) jika berlaku sebarang kecemasan supaya insiden ini tidak akan berlaku lagi.

“Diharap post ni dapat membuka mata semua pihak yang berkenaan (betapa) pentingnya pemantauan dan pemeriksaan imigresen. Ini adalah untuk menjamin keselamatan penumpang juga.”

Apalah yang dibualkan wanita tu dengan sedara dia, khusyuk betul!

Baca : Pemandu Tersalah Masuk Gear Langgar Tembok dan Terjunam di Kondominium di Setapak

1 7 E1499157718152

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.