in

Tidak Bersetuju Dengan Larangan, Syed Saddiq Seru 100k Ahli Muda Lawat Rumah Ibadat Agama Lain

Cats 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan peraturan ditetapkan kerajaan Selangor berkenaan larangan terhadap pembabitan umat Islam di rumah ibadat agama lain.

Menurut Syed Saddiq, dia pernah melawat banyak rumah ibadat agama lain sebelum ini, malah ia turut dibuat oleh pemimpin lain termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


“Saya juga banyak membawa rakan-rakan bukan Islam melawat masjid. Malah, Sultan Johor yang sangat dihormati juga melawat kuil ketika perayaan Thaipusam sebagai tanda penghormatan dan toleransi di Malaysia.”

7D32A6E3E3Fc76Ea81Ed3885F4E82B36

Syed Saddiq turut menyeru lebih 100,000 ahli parti Muda untuk melawat rumah ibadat agama lain untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa rakyat Malaysia perlu hidup dalam suasana harmoni dan toleransi.

Ahli Parlimen Muar ini turut menggesa rakyat untuk berlapang dada dalam situasi ini kerana melawat rumah ibadat lain dapat membantu generasi muda untuk memahami agama dan budaya kaum lain.

“Adakah melawat tempat agama lain, melihat seni binanya dan memahami sejarahnya akan mengurangkan iman kita? Saya yakin tidak.

“Sebagai presiden Muda, saya mahu menggesa lebih 100,000 ahli Muda untuk melawat mana-mana rumah ibadat, kerana ini (Malaysia) adalah rumah kita, bersama dan selamanya,” katanya menerusi satu klip video.

Terdahulu, Majlis Agama Islam Selangor telah membuat larangan ke atas sebarang aktiviti dan program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain. Arahan ini ternyata menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kontroversi.

Kredit: FMT, Sinar Harian

BACA: Bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq Dakwa Dikasari Oleh Pegawai SPRM

Capture 8

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.