Penyakit ini boleh terkena pada sesiapa dan juga pada bila-bila masa, seperti yang dikongsikan lelaki ini di Instagram miliknya.
Aimi Nasruddin berkongsi pengalamannya yang terkena serangan jantung ketika berada di Bondi Beach, Australia.
Artikel berkaitan: 2 Insan Tersayang Pergi Serentak, Bayi 3 Bulan M*ut Tertindih Lengan Bapa Yang Meninggal Akibat Serangan Jantung
Artikel berkaitan: “Jantung dah stop, muka jadi biru” – Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Hilang Nyawa Kerana Belon
Pada 9 Julai lalu, dia tiba-tiba rebah di kawasan pelancongan itu, sebelum dia diberikan bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) dan dibawa ke St Vincent’s Hospital untuk rawatan lanjut.
Namun, selepas 5 hari berada dalam keadaan koma, Aimi berkongsi di IG Story miliknya satu plot twist yang sangat mengagumkan apabila dia mendapat voicenote daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan terus tersedar.
“Betul-betul 20 hari lepas, ayah saya punya usaha cuba mencari kawan-kawan saya yang boleh mendapatkan voice note daripada @ctdk dengan harapan saya dapat memberikan respon yang positif sebab masa ni saya memang tak sedar langsung.
Pergerakan tangan itu sangat posotif, dan ayah saya sangat kagum dengan @ctdk masa tu sebab ayah saya kata dalam masa 1 jam sahaja daripada waktu ayah saya hubungi kawan-kawan saya, @ctdk dah send voicenote untuk saya,” tulisnya.
Menerusi Instagram miliknya, difahamkan doktor masih belum jumpa punca dia terkena serangan itu, dia juga berkongsi dia kini sudah boleh bekerja tetapi masih berjaga-jaga.
Semoga dia diberikan kesihatan, kagum dengan sikap Tok Ti yang terus segera membantu yang memerlukan!
Sumber: Instagram