in

“Tiara Swarovski” – ‘Founder’ Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

Untitled Design 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis perkahwinan adalah salah satu momen terindah bukan sahaja buat kedua-dua mempelai tetapi untuk ahli keluarga yang menjadi saksi hari bahagia mereka.

Founder atau pengasas jenama tudung terkemuka iaitu Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkongsi dia membelanjakan RM 3.5 juta untuk majlis perkahwinan anak sulungnya.


Menurut laporan Berita Harian, dalam majlis penuh gah itu menantunya yang dikenali sebagai Sarah tampil menawan mengenakan busana mewah berwarna putih dihiasi 189,936 batuan Swarovski dari Austria.

Artikel berkaitan: “Kenapa kena mention harga?” –  Lepas Isu Tudung RM1,200, Usahawan Dikecam Beli Kasut Harga RM5,290

Artikel berkaitan: “Jangan hina ciptaan Allah” – ‘Founder’ Jenama Tudung Sekolahkan Netizen Lepas Kena ‘Face Shaming’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

Busana mewah itu direka oleh pereka fesyen ternama tempatan, Rizman Ruzaini yang bertatah lima jenis batu Swarovski bernilai bernilai RM300,000.

Lebih manis lagi, menantu sulungnya itu turut mengenakan tiara eksklusif, yang merupakan satu-satunya di dunia. Tiara bertatahkan 233 kristal lutsinar itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski, Giovanna Engelbert.

Tiara dipakai Sarah itu adalah perhiasan direka khas sempena acara Vienna Opera Ball iaitu, sebuah majlis tari-menari yang diadakan di Austria.

“Ini adalah inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 butiran kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini pihaknya beberapa kali meminta supaya tiara itu dijual kepadanya, namun pihak Swarovski memaklumkan barangan itu bukan untuk dijual sehinggalah pihak jenama mewah itu menghadiahkan tiara untuk digayakan oleh menantutnya ketika hari persandingan.

Wah! Memang mewah betul! 

Sumber: Berita Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.