in

“Tiap tiap tahun tak perasan kan?” – Timbul Lagi Kes Bendera Terbalik Di Johor

Gambar Hiasan 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban tahun kita menyambut 31 Ogos dengan laungan merdeka yang penuh semangat. Namun, tahun ini kita bakal menyambutnya dengan sedikit kelainan apabila kerajaan memutuskan tiada perarakan besar-besaran sempena sambutan kemerdekaan.


Kemeriahan percikan bunga api pada tengah malam merdeka di Putrajaya dan bandar bandar besar lain turut tiada pada tahun ini. Namun perkara itu bukanlah alasan untuk melunturkan semangat patriotik dalam diri kita.

Tetapi baru-baru ini isu Jalur Gemilang kembali panas apabila ia dipasang terbalik di Kluang, Johor. Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan berpunca kerana kerani tidak sedar tersilap menaikkan bendera dalam keadaan terbalik.

2 1 2

114218774 316320563109951 692082462219287345 N

Gambar kejadian itu tular sejak kelmarin dan didakwa dikesan 4.30 petang semalam oleh orang awam yang melalui di hadapan sekolah berkenaan.

Sementara itu, menerusi satu posting oleh Timbalan Menteri Pendidikan di Facebook, beliau mentafsirkan kejadian ini berlaku secara tidak sengaja, selepas siasatan dilakukan. Beliau turut meminta agar rakyat tidak membangkitkan isu ini dengan sentimen perkauman.

Walaupun bendera itu sudah dibetulkan, namun rata-rata netizen di media sosial tertanya-tanya mengapa ia hanya berlaku di sesetengah tempat majoriti kaum atau ketika bulan kemerdekaan negara bakal berlangsung.

 

Baca: “Sek kito tu”  Netizen Terkejut Tengok Bendera Kelantan Berkibar di Tomorrowland

A 3

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.