“Sek kito tu” – Netizen Terkejut Tengok Bendera Kelantan Berkibar di Tomorrowland

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tomorrowland adalah satu festival muzik antarabangsa yang membariskan pelbagai artis ternama. Sudah menjadi angan-angan setiap peminat muzik Electronic Dance Music (EDM) untuk berhibur disana.

Apa yang menarik mengenai Tomorrowland 2019 kali ini ialah, kehadiran peminat dari Malaysia, lebih spesifik, dari Kelantan. Macam mana admin tahu? Cuba korang tengok video dekat bawah ni, dan tengok bendera apa yang berkibar tu.

Sek kito tu!

Ya benar, itulah bendera Negeri Kelantan. Tak sangka orang Kelantan dah sampai Tomorrowland. Hebak sek kito!

Maju weh, bukan biasa-biasa. Level international dah bendera Kelantan tu pergi.

Memang steady weh. Tapi admin tak tahu nak rasa bangga ke apa. Tapi yang penting, sek kito jange pecoh!

Gomo kelate gomo tu bukan setakat dekat stadium je dengar, dah sampai ke Tomorrowland dah slogan tu. Memang campak mana pun boleh hidup. Steady lah Kelantan!

 

Baca: “Jalan kaki balik kampung” – Lelaki Ini Berjalan Dari KL Ke Kelantan Rupa-rupanya Sebab..

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.