in

“Tiada niat untuk menghina”- Da’i Syed Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar Lepas Didakwa Tak Sensitif Isu Palestin

F1 Dai Syed Hana Ismail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Da’i Syed dikecam warganet apabila dia didakwa netizen seperti membuat lawak tentang isu sensitif Palestin ketika siaran langsung TikTok bersama isterinya, Hana Ismail yang juga pengacara.


Untuk pengetahuan semua, dalam video tersebut, Da’i Syed telah memakaikan gincu pada bibir isterinya dan kemudian dia juga dilihat membuatkan gincu yang berwarna merah itu comot.

1 1 4

Apa yang membuatkan ramai netizen marah ialah dia turut mengatakan ‘barulah Palestin’ setelah mencomotkan gincu merah itu.

Namun, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Iqmal telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar tentang dakwaan dia mempersendakan isu Palestin itu.

Da’i Syed menerusi TikTok Live menjelaskan bahawa dia tiada niat langsung mahu menghina atau bermain-main dengan isu Palestin tersebut.

Artikel Berkaitan: Lepas Setahun Da’i Syed Akhirnya Pulangkan Duit Wanita, Sebab Viral Tak Buat ‘Review’

Artikel Berkaitan: “Boleh melawak eh?” – Dai’ Syed & Hana Dikecam, Tak Sensitif Buat Lawak Isu Palestin

Dia turut meminta maaf jika perkara tersebut ada membuatkan orang ramai berasa kurang senang.

Demi Allah, demi al-Quran, demi Rasul saya tiada langsung menghina rakyat Palestin. Memang ada orang tunjuk solidariti dengan melukis pada wajah. Mereka conteng wajah bewarna Palestin dan ada buat darah sikit,” katanya.

Da’i Syed juga menceritakan bahawa dia sendiri pernah ke negara-negara Timur Tengah seperti Syria pada tahun 2019 untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan.

Dia turut sekali lagi meminta maaf kerana tiada niat untuk menghina.

Selain itu, Da’i Syed juga turut dikecam kerana ada netizen berpendapat tidak sepatutnya Da’i Syed melakukan sebegitu kepada isterinya (mencomotkan gincu tersebut) namun Hana Ismail mengatakan dia tidak terasa atau berkecil hati dengan tindakan suaminya itu.

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.