in

“Boleh melawak eh?” – Dai’ Syed & Hana Dikecam, Tak Sensitif Buat Lawak Isu Palestin

Dai Syed Isu Palestin

Dalam pada kita sedang berkabung dan turut berduka cita dalam konflik yang kini membelenggu rakyat Palestin, terdapat beberapa pihak yang seakan tidak sensitif dengan isu tersebut.

Terbaru, pasangan selebriti Dai’ Syed dan Hana Ismail membuat satu sesi live di TikTok namun apa yang ‘terkeluar’ dari mulut Dai’ Syed itu membuatkan ramai netizen terkedu.

Dalam sesi live yang direkod oleh netizen itu, Dai Syed kelihatan sedang memakaikan gincu kepada isterinya, dia kemudian membuat gincu berwarna merah itu sedikit comot dan mengatakan ‘barulah Palestin’.

https://www.tiktok.com/@suriazomvdf/video/7293707617157795090?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698

Dalam video tersebut, pasangan suami isteri mulanya hanya bergurau senda dan dilihat Hana sabar dengan telatah suaminya itu.

Kemudian, pendakwah selebriti itu terus menyanyikan lagu Atouna El Toufule yang biasanya digunakan dalam video-video berkaitan konflik di Palestin.

“Apa benda ni weh?” 

Potongan video itu membuatkan ramai netizen yang kurang senang, lebih-lebih lagi mereka berdua ini merupakan selebriti media sosial yang mempunyai ramai pengikut.

Cats 44

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi hampir dua minit itu telah mendapat lebih 52K tontonan serta lebih 20 komen.

Hmm, macam tak sensitif pulak…

Sumber: TikTok