in

“Tiada lagi swab test?” – Singapura Temukan Kaedah Mengesan Covid-19 Melalui Hembusan Nafas

Ft Singapore

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, pelbagai inisiatif dijalankan oleh penyelidik bagi menemukan kaedah paling efektif untuk mengesan virus ini.


Terbaru penyelidik Singapura berjaya menemukan kaedah yang kurang ‘mengerikan’ untuk mengesan virus itu iaitu dengan menggunakan hembusan nafas. So tak payah swab test lah kan?

Menerusi ujian yang dilakukan ia akan mengesan organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu dan setakat ini ujian tersebut berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan yang tepat menerusi ujian klinik yang dijalankan ke atas 180 orang pesakit.

Untuk kaedah ini, individu hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang telah disambungkan ke alat penguji.

Nafas individu yang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Lagi mudah la , tak perlu tahan sakit lagi.

 

Capture 9 5

Apa yang lebih menarik lagi, profil VOC tersebut akan dianalisis dan keputusan ujian dapat diperolehi dalam tempoh satu minit sahaja lapor Harian Metro.

Tak perlulah tunggu lama-lama sampai dah lepas ni!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan, VOC ini terhasil daripada tindak balas biokimia dalam sel manusia secara konsisten.

“Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.

“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,”

 

Capture 1 11 1

 

Teknologi yang efektif ini dibangunkan oleh syarikat pemula niaga NUS, Breathonix. Harap-harap berpatutan la harga yang ditawarkan nanti. Dapat juga memudahkan urusan semua orang. 

 

Baca : Pernah Sebarkan Bahawa Covid-19 Palsu, Kini Wanita Menderita Selepas Positif Covid-19

Capture 9 4

Sumber: Harian Metro
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.