in

Pernah Sebarkan Bahawa Covid-19 Palsu, Kini Wanita Menderita Selepas Positif Covid-19

Ft Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dunia sedang dilanda virus Covid-19, masih ada lagi kumpulan manusia yang tak percaya dengan kewujudan wabak ini.


Lebih parah lagi apabila mereka turut menyebarkan kepercayaan ini kepada orang ramai supaya tidak memakai pelitup muka.

Kan menyusahkan semua orang…

Baru-baru ini seorang wanita berusia 43 tahun dikenali sebagai Samantha Williamson, disahkan dijangkiti Covid-19. 

Apa yang ‘menarik’ adalah, Samantha yang menetap di Amerika Syarikat merupakan antara individu yang tidak percaya akan kewujudan penyakit ini.

 

Capture 3 1 3

Bagaimanapun selepas dia disahkan positif dengan virus Covid-19, Samantha menggesa orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka lapor Mirror.

Saya merupakan salah seorang individu yang menyebarkan bahawa ianya (Covid-19) tidak benar, tapi sebenarnya ia benar-benar berlaku. Saya adalah buktinya.

Terbayang kematian

Penyakit ini menyebabkan dia turut risau akan kehilangan anaknya dan tidak dapat bertemu dengan mereka lagi.

Saya betul-betul menyangka yang saya akan mati dan kehilangan anak-anak saya serta tidak dapat berjumpa dengan mereka lagi. Berada di sini membuatkan saya sedar bahawa saya mengambil mudah terhadap banyak perkara.

 

Capture 2 4 3

Lebih baik pakai pelitup muka sekarang daripada kena pakai ‘pelitup muka’ ni…

Covid-19 juga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan setiap kali Samantha batuk, dia rasakan seperti seekor gajah duduk di atas dadanya.

Bayangkan perit macam mana Covid-19, itu pun masih ramai lagi yang susah nak patuh SOP, macam mana ni…

Samantha kini masih mendapatkan rawatan di hospital. Jadi yang dekat luar sana tu, patuhlah arahan SOP supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti...

 

Baca : Lepas ni pegawai ATM handle Banduan Positif Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada Frontliner, Dipindahkan Dari Hospital

Capture 6 12

Sumber: News9
Sumber: News9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.