in

Tiada Lagi SMS OTP Dari Maybank Bermula 2023, Ini Sebabnya…

Maybank Otp 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Maybank tidak akan menggunakan SMS ‘One Time Password’ (OTP) lagi kerana mereka akan beralih sepenuhnya kepada kaedah yang lebih selamat dengan menggunakan Secure2u bermula Jun 2023 untuk sebarang transaksi dan aktiviti dalam talian.


“Ini adalah selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bank berhijrah daripada Kata Laluan Satu Kali SMS (SMS OTP) kepada pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi-transaksi ini.” kata bank dalam satu kenyataan hari ini.

Sekarang, Maybank hanya membenarkan Secure2u untuk digunakan dengan satu peranti sahaja bagi setiap pengguna. Ini untuk mengurangkan risiko kecurian butiran peribadi atau digunakan oleh orang lain.

Maybank

Apabila pengguna mendaftarkan Secure2u pada telefon mahupun laptop yang baru, Maybank akan memaklumkan pelanggan menerusi SMS dan ‘push notifications’ sebagai langkah keselamatan tambahan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli, ini ada selari dengan inisiatif bank agar mengutamakan keselamatan transaksi dan aktiviti perbankan dalam talian demi pelanggannya.

“Ini dilakukan melalui langkah keselamatan sedia ada pada masa ini dan ketika kami secara berperingkat melancarkan lebih banyak langkah yang boleh membantu untuk menghalang atau meminimumkan kemungkinan pelanggan menjadi mangsa penipuan kewangan.” tambah beliau lagi.

Maybank juga bersefahaman dengan pengumuman BNM pada 26 September 2022 berkenaan faktor-faktor yang akan digunakan oleh semua bank di Malaysia bagi memastikan kepiawaian keselamatan lebih terjaga, lagi lagi untuk perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih.

Selain itu, Maybank telah menyediakan talian hotline 24/7 untuk pelanggan mereka melaporkan insiden-insiden penipuan. Pelanggan Maybank sentiasa digesa untuk melaporkan sebarang perkara yang mencurigakan melibatkan transaksi, ataupun mereka mengesyaki butiran perbankan mereka telah dicerobohi.

Baca : Caj RM1 Di Mesin ATM Mula Berkuatkuasa 1 Februari 2022?

Ft Mesin Atm 1 758X399 1

Sumber: Maybank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.