in

“Tiada lagi kompromi, pesalah cemar bekalan air akan didenda RM10 juta” – Menteri Alam Sekitar Dan Air

Aa1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilema yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan isu gangguan bekalan air ini semakin hari semakin menjadi kebimbangan khususnya kepada penduduk Selangor. Alasan yang diberikan hanyalah berlaku pencemaran akibat sisa toksik yang dikeluarkan dari kilang.


Ramai pihak yang menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengenakan denda yang lebih berat kepada pesalah agar perkara ini tidak berulang lagi.

C 12

 

Pesalah akan dikenakan denda sehingga RM10 juta

Oleh itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu pihak kerajaan telah bercadang untuk menaikkan denda maksimum sebanyak RM10 juta daripada RM500,000 pada ketika ini.

C1 10

Menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, beliau juga mencadangkan agar hukuman penjara ditingkatkan. Tambahan lagi, semua perkara ini akan dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang.

“Selain itu, pindaan itu juga akan meningkatkan hukuman penjara dan semua ini akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen yang akan datang berkemungkinan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 nanti,”

Di soal berkenaan sama ada akta sedia ada tidak mampu membendung insiden pencemaran air ini, Tuan Ibrahim berkata akta sedia ada sudah memadai namun sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab adalah punca kepada kejadian ini terus berulang.

“Sebab itu kami anggap mereka ini penjenayah kepada alam sekitar dan kita tidak boleh berkompromi dengan sikap melampau seperti ini,”

Sumber: Malaysia Kini

 

Harap kes ni dapat diselesaikan dengan cepat. Tahun ni je dekat Selangor dah 3 kali ada gangguan air. Min pun dah penat nak angkut air banyak kali.

Baca: 5 Individu Yang Jadi Dalang Air Sungai Gong Tercemar Tak Boleh Diikat Jamin

C2

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.