fbpx
in

“Setakat ini tiada kesan mendapan” – Tuan Ibrahim Nafi Kelantan Bakal Tenggelam

2kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pakar mendakwa negeri Kelantan bakal tenggelam kerana penggunaan air bawah tanah. Perkara itu didakwa akan berlaku kepada Kelantan sepertimana yang terjadi di Indonesia kerana penduduknya mendapatkan sumber air bersih akibat tiada bekalan yang disalurkan ke kediaman mereka.

Terkini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta akibat penggunaan air bawah tanah. Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata, Kelantan hanya menggunakan tiga peratus daripada air bawah tanah dan ia tidak akan memberi kesan kepada aspek geologi seperti yang telah didakwa pakar.


Screenshot 2022 11 13 at 1.05.55 PM

“Kelantan memang mempunyai bekalan air bawah tanah yang tertinggi iaitu kira-kira 70 peratus tapi kita hanya guna tiga peratus sahaja.”
Beliau berkata demikian bagi mengulas berkenaan kajian yang dijalankan oleh Dr. Yong Chien Zheng dari Universiti Otago, New Zealand. Kajian pensyarah itu menunjukkan sebahagian tanah di Kelantan tenggelam sehingga 4.22mm setahun akibat pengambilan dan penggunaan air bawah tanah.
Menurut kajian itu lagi, walaupun data kajian tidak mencukupi dan menyukarkan penentuan punca utama, namun terdapat hubungan yang tinggi antara penenggelaman tanah atau bangunan ke paras yang lebih rendah dengan pengambilan dan penggunaan air bawah tanah.
Screenshot 2022 11 13 at 1.08.34 PM
Tuan Ibrahim turut menegaskan setakat ini tiada kesan mendapan dan tidak menerima sebarang laporan yang mengatakan ada berlakunya mendapan.
Screenshot 2022 11 13 at 1.04.40 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top