in

5 Individu Yang Jadi Dalang Air Sungai Gong Tercemar Tak Boleh Diikat Jamin

Air 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara mereka, 6 juta rakyat Malaysia jadi sengsara, terputus bekalan air selama 5 hari secara mengejut!


Disebabkan itu pesalah yang terdiri daripada 4 ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat telah didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Selayang atas kesalahan membuang  bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang.

 

Tidak boleh diikat jamin

61600147135 Mengakutidakbersal

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas menimbang hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili kesemua tertuduh.

Kelima-lima lelaki yang juga 4 lembaga pengarah merupakan adik beradik – Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut, Ho Voon Leong, 59, berada di dalam kandang tertuduh dilihat saling berpandangan selepas mendengar keputusan mahkamah.

Kes ini mengakibatkan enam juta penduduk di Malaysia tidak ada air selama lima hari. Isu ini juga telah mendapat perhatian pucuk pimpinan teratas negara.”

Terdahulu Muhamad Iskandar tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes tersebut tidak boleh dijamin.

“Sekiranya mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan saya, saya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM2 juta bagi setiap tertuduh,” katanya.

Namun begitu, M Reza merayu agar jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis. Lapor Bernama.

Jelasnya, anak-anak guamnya yang menyerah diri di balai polis, malah bersedia untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebelum ini, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Baca : Pencemaran Air: 4 Lembaga Pengarah & Pengurus Kilang Buang Sisa Toksik Ke Sungai Gong Mengaku Tak Bersalah!

Dalang

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.