in

“Tiada kontak dengan penumpang” – 2 Staf LRT Kelana Jaya Positif Covid-19, Rapid KL Jamin Keadaan Masih Selamat

Lrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi Rapid KL ada membuat pengumuman menerusi Facebook rasminya berhubung dengan kes positif yang melibatkan 2 orang kakitangan operasinya.


Mereka yang bertugas sebagai pegawai stesen laluan LRT Kelana Jaya kali terakhir pada 12 dan 13 Disember lepas.

Walaubagaimanpun, Rapid KL yakin keadaan masih masih selamat.

 

Insiden ini adalah insiden di kawasan yang tertutup. Berdasarkan siasatan kami, kedua-dua staf tiada kontak (contact) dengan penumpang.”

131116772 3838851092805426 7725472608124873483 N
Lanjutan daripada  pengesahan itu,  pihak pengurusan Rapid Rail, yang menjadi operator LRT Laluan Kelana Jaya, telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf-staf berkenaan malam tadi berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah,  kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua staf berkenaan juga diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM, tambah kenyataan berkenaan.

“Tren-tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi pada hari berkenaan. Kami memberi jaminan bahawa perkhidmatan LRT Kelana Jaya dan rangkaian-rangkaian rel lain kendalian Rapid Rail adalah selamat.”

Kata mereka lagi, pihak Rapid KL khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

 

Baca : Pekerja Rapid KL Tak Memasal Jadi Bidan Terjun, Penumpang Sarat Mengandung Nak Terberanak Dalam LRT

Rapid

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.