in

“Tiada diskriminasi” – Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Layak Jadi Warganegara Jika Ibu Rakyat M’sia

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, ibu-ibu warganegara Malaysia telah failkan tuntutan meminta agar mahkamah mengisytiharkan beberapa peruntukan – iaitu Perkara 14 (1) (b) dan Seksyen 1 (b) dan 1 (c) di bawah Jadual Kedua Perlembagaan – tidak sah kerana mereka mendiskriminasi wanita.


Dakwa mereka, perlembagaan ini hanya membenarkan bapa serahkan kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar persekutuan tetapi ibu yang berkahwin dengan warga asing dan lahirkan anak di luar negara tidak boleh berbuat demikian.

Isu ini turut menarik perhatian bekas Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Harun yang menganggap ianya tak adil apabila hanya bapa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk beri warganegara kepada anak yang lahir di luar negara.

Pendapat peribadi saya, dan bukan parti saya, saya rasa ianya tak adil jika warganegara hanya diberikan kepada suami dan bukan isteri.

Tak ada bezanya. Saya tak bercakap tentang kesaksamaan tapi tentang keadilan. Perkara ini tak boleh didiskriminasikan.

Ia seperti menganggap wanita tak ada otak bila mereka buat keputusan untuk berkahwin dengan warga asing dan lahirkan anak di luar negara. Like seriously, come on. It’s 2021. Saya tak faham logik disebaliknya.”

Saya Juga Anak Malaysia Kl High Court Fmt 672X420 1

Berita baiknya, hari ini Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan perlu melalui undang-undang membenarkan wanita rakyat Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara, lapor FMT.

Hakim Akhtar Tahir, yang menyampaikan keputusannya, berkata perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Selain itu, hakim juga memerintahkan semua pihak berkuasa mesti mengeluarkan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan kepada kanak-kanak terbabit.

Sebarang pembayaran kos untuk kes ini juga tidak diperintahkan kerana ia merupakan isu kepentingan awam.

Salah seorang ibu yang failkan tuntutan ini mengatakan yang dia dan ramai lagi wanita lain telah menunggu lama untuk keputusan ini.

Keadilan telah diberikan. Akhirnya, harinya telah tiba.”

Manakala seorang lagi ibu, mengatakan yang dia dah cuba memohon kewarganegaraan sejak anaknya berusia lima bulan lagi.

Kami bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini. Saya gembira dan tak sabar nak beritahu yang dia juga rakyat Malaysia seperti abangnya.”

 

Baca: JPN Benarkan Nama Bapa Ditukar Pada Kad Pengenalan & Surat Beranak

Screenshot 2021 09 09 At 2.10.56 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.