in

“Tiada apa yang ingin saya kongsi buat masa ini” – Sudah Unfollow Syamsul di IG, Puteri Sarah Dilihat Ke Pejabat Agama

Syamsul Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbul dakwaan bahawa Puteri Sarah telah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, minggu lepas. Menurut Harian Metro, isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu dikatakan hadir ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini.”

Itu komen Puteri Sarah, 35, yang dilihat memakai jubah serta tudung berwarna hitam ketika ke sana. Kelibatnya mendapat perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia memasuki bahagian undang-undang keluarga.


https://www.instagram.com/p/CBmjGxLn0cJ/

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ. Malah, menurut laporan, dia sudah tidak lagi follow suaminya itu di Instagram.

Kali terakhir kedua-dua mereka memuat naik gambar keluarga adalah pada bulan Mei lepas dan kali terakhir Syamsul memuat naik gambar bersama Puteri Sarah adalah pada November tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/CAlzpReFj1s/

Terbaru, melalui Instagram Puteri Sarah ada memuat naik video promosi produknya dan di bahagian caption dia berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentangnya.

Ramai yg DM sarah. Alhamdulillah Sarah ok ? TQ to all yg ambil berat tentang sarah. Walau apa pun yang terjadi hidup mesti happy ?.”

Ramai yang mendoakan hubungan pasangan ini terutamanya peminat dan pengikut mereka di Instagram. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada tahun 2014 fan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Baca: “Nabila bagi hint tu” – Tunjuk Lofa & PU Riz Dekat IG Story Siap Ada Emoji ‘Love’, Netizen Excited Pasal ‘Nasi Minyak’

Lofariz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.