in

Tiada Alasan! Harga Siling ‘Face Mask’ Turun Lagi, Mungkin Kurang Dari RM1.20

Gambar Hiasan 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, pemakaian pelitup muka diwajibkan pada tanggal 1 Ogos lalu. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pencegahan secara maksimum bagi membanteras wabak penyakit Covid-19.


Pun begitu, kerajaan turut prihatin dengan keadaan rakyat sekarang. Walaupun telah diturunkan harga untuk pelitup muka, namun tidak semua masih mampu untuk membeli pelitup muka jenis pakai buang itu.

Selaras dengan itu, bagi meringankan dan memudahkan rakyat, kerajaan akan mengumumkan penurunan harga siling pelitup muka lebih rendah daripada RM1.20, dalam masa terdekat.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini, lapor Harian Metro.

As

“Memandangkan maklum balas daripada awam termasuk Yang Berhormat, kami sudah berbincang, mungkin kita akan turun lagi di bawah RM1.20 kerana kita prihatin dan kita sensitif terhadap kebajikan rakyat… tak ada masalah.”

Sebelum ini harga siling pelitup muka dicadang untuk dikurangkan sebanyak 30 sen daripada RM1.50.

Beliau memberi kenyataan itu ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Thiong dari parlimen Kota Melaka yang bertanya usaha kerajaan untuk membantu golongan memerlukan ketika pasca Covid-19.

Baca: “Macam harga minyak” Kewajiban Memakai Pelitup Muka, Kerajaan Turunkan Harga 30 Sen

1 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.