in

“This is elegant” – Cik B Dan DSV Dipuji Jadi Penghias Muka Majalah

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni tular kontroversi antara Cik B, anak perempuan Dato’ Sri Vida dengan Azwan Ali. Tapi kali ni Cik B viral lagi sekali apabila dia dipuji oleh netizen terutamanya di Twitter.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen rupanya dipilih untuk menjadi penghias muka majalah sekali lagi. Hari tu dah pernah jadi cover majalah Remaja edisi Oktober-Disember 2019 dengan Naim Daniel dan Cupcake Aisyah.


Cik B

Namun kali ni adalah lebih istimewa apabila Cik B yang berusia 15 tahun digandingkan dengan ibunya, Dato’ Sri Vida untuk jadi penghias muka depan majalah Nona edisi Mac 2020. Cantik weh diorang! 

Perkongsian Tati Hashim di Twitter tu dah diretweet sebanyak 16 ribu kali dan ramai netizen yang cakap Cik B cantik sangat sebab selalunya kan dia simple je.

Cik B 4

Jadi, bila sekali-sekala Cik B melaram, makin cantik dia weh. 

Dekat ruangan komen Twitter, ada yang kata gabungan ibu dan anak ni menyerlahkan lagi kecantikan diorang ni. Korang pun boleh try ambik gambar macam ni dengan mak korang. Mesti sweet kan!

Cik B 2

 

Malah ada juga netizen yang komen cakap Cik B dan DSV macam Aurora dan Maleficient. Fuh, bukan biasa-biasa ni! 

Cik B telah disolek oleh jurumekap Ayang Kamell dan dalam majalah tu, dia telah mengenakan dress labuh hitam. Feminin sangat!

Korang pun bila lagi nak cantik?

Baca: “Kalau aku dah lama belasah si AA ni” – Netizen ‘Respect’ Cik B Tak Melenting Bila Cakap Pasal Azwan Ali 

Cik 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.