in

“They deserves this happiness” – [Video] Sorakan Kegembiraan Frontliner Buat Netizen Sebak Dan Terharu

Fl7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum bahawa semalam dengan rasminya Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun ini.


Ia berikutan dengan sikap kerjasama rakyat Malaysia dalam melawan wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia.

Lebih-lebih pekerja barisan hadapan seperti kaitangan KKM, PDRM dan ATM yang menggembleng tenaga dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan kes ini semakin berkurangan, dan ia ternyata berkesan!

 

Tahniahh warga kkm dan semua frontliner Malaysia aku sebagai rakyat Malaysia bangga.Tahniah MALAYSIA”

Video sorakan daripada sekumpulan kakitangan KKM and anggota polis menyorak kegembiraan ini telah membuatkan ramai netizen jadi terharu dan sebak.

Perkongsian daripada Instagram seorang jururawat ini dikongsikan semula di Twitter dan meraih 34K jumlah retweets dalam masa 16 jam ia dimuat naik!

Walaupun ada netizen yang agak bitter melihat kegembiraan mereka ini, majoriti rasa terharu dan sebak. Warganet menyifatkan bahawa mereka memang patut merasai kegembiraan ini kerana dah berjuang selama 3 bulan melawan Covid-19.

Malah, ia juga mendapat sokongan daripada netizen negara jiran lagi!

 

They deserves this happiness after 3 months fighting Covid-19 – Netizen

Fl Fl2 Fl3

Kami dari Team Lobak Merah juga turut tumpang gembira dan bangga dengan anda semua. Terima Kasih frontliners!

 

Baca : PKPB Diganti Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula 10 Jun Hingga 31 Ogos

Pkpp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.