in

The Stoning of Soraya M: Kisah Wanita Dihukum Mati Sebab Difitnah Suami Sendiri

Collage 52

Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Mengikut perspektif Islam, perbuatan fitnah hukumnya haram dan ditegah kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa. Dalam Islam, fitnah adalah salah satu dari sifat terkeji dan amat dilarang.

Pada tahun 1990, seorang wartawan perang dari Perancis telah mengembara di Iran dan mendapat tahu tentang kisah seorang wanita Soraya Manutchehri yang kehidupannya berakhir dengan tragedi kejam. Buku tersebut kemudiannya dialih bahasa ke Bahasa Inggeris dengan tajuk “The Stoning of Soraya M.

Pada tahun 2009, sebuah filem drama diadaptasi dari buku tersebut telah diterbitkan dalam bahasa Persia oleh produksi Amerika.

95Sidbvaezqkvuza09Bx4Syjsfe

The Stoning of Soraya M.

Filem ini bermula dengan wartawan Freidoune Sahebjam yang terkandas di sebuah kampung kecil di Iran bernama Kuhpayeh. Di sana, Freidoune telah didatangi oleh seorang wanita, Zahra yang mahu menceritakan kisah tragedi berdarah yang menimpa anak buahnya beberapa hari lalu.

Soraya M. merupakan seorang wanita berusia 35 tahun yang telah direjam sehingga mati selepas difitnah melakukan zina

Segala-galanya bermula apabila suami Soraya, Ali Ghorban mahu berkahwin dengan seorang remaja berusia 14 tahun. Namun begitu, lelaki ini tak mampu untuk berkahwin dua kerana di Iran, sekiranya lelaki mahu berkahwin lagi seorang, dia perlu membayar semua hantaran kepada isterinya serta memberikan nafkah.

The Stoning Of Soraya M 006

Ekoran ini, Ali telah cuba meyakinkan ketua agama di sana (mullah) untuk memujuk Soraya berikan dia penceraian supaya dia boleh berkahwin dengan remaja tersebut. Bapa remaja ini bersetuju untuk kahwinkan anaknya itu dengan syarat Ali dapat menyelamatkannya dari dihukum mati atas kesalahan yang tak diketahui.

Mullah ini telah cuba memujuk Soraya memberikan penceraian kepada Ali dengan menawarkan wanita itu untuk menjadi kekasihnya serta mendapat perlindungan dan bantuan kewangan untuk menyara anak-anaknya, namun wanita ini menolak.

Beberapa hari kemudian, seorang wanita meninggal dunia dan Ali mengambil peluang ini untuk meminta Zahra memujuk Soraya untuk bekerja sebagai orang gaji duda tersebut. Kerana memerlukan wang, Soraya bersetuju.

Soraya mula bekerja dengan duda tersebut dan Ali mahu menggunakan peluang ini untuk menyebarkan fitnah bahawa isterinya itu curang. Ini kerana, sekiranya wanita tersebut curang, dia akan direjam sampai mati dan membolehkan dia untuk berkahwin lain.

Ali dan mullah kemudiannya telah menyebarkan khabar angin tentang kecurangan Soraya dan perkara ini telah tersebar dan menjadi buah mulut penduduk kampung di sana.

Namun begitu, Ali dan mullah memerlukan seorang lagi “saksi” untuk mendakwa Soraya. Dua lelaki ini telah pergi ke rumah duda tempat Soraya bekerja dan mengugut supaya lelaki itu bersetuju untuk mengesahkan cerita rekaan mereka.

Tak lama kemudian, Ali telah menyeret Soraya di jalanan sambil memukul wanita tersebut dan menjerit memberitahu semua orang tentang kecurangannya. Soraya yang penat dengan kesusahan hidup dan penderaan yang dilaluinya selama ini hanya mendiamkan diri.

Eb20090624Reviews906249978Ar

Zahra kemudiannya telah campur tangan dan mengambil Soraya serta meminta Ali, mullah dan ketua kampung untuk ke rumahnya bagi berbincang secara peribadi. Mereka kemudiannya membawa duda tersebut ke sana dan lelaki itu menipu dan mengaku yang dia telah berzina dengan Soraya.

Ekoran ini, Soraya telah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Zahra cuba untuk lari bersama anak buahnya ini namun selepas tak berjaya dia telah memujuk dan meminta ketua kampung untuk melepaskan Soraya dan gantikan dengan dirinya. Namun tak dilayan.

Ketika mereka membuat persediaan untuk merejam Soraya, ketua kampung telah berdoa kepada Allah untuk tunjukkan petanda yang mereka telah membuat sesuatu yang salah.

Soraya kemudiannya telah ditanam sehingga paras pinggang dan bapa Soraya yang tertipu dengan fitnah tersebut menjadi orang pertama yang diminta untuk membaling batu. Namun balingan bapa ini telah tersasar beberapa kali hingga menyebabkan seorang wanita mengatakan bahawa mungkin itu adalah petanda bahawa Soraya tidak bersalah.

82546820

Perkara ini tidak diendahkan oleh lelaki-lelaki di sana. Ali kemudiannya telah mengambil batu dan merejam Soraya diikuti dengan dua anak lelaki mereka yang turut dipaksa untuk membaling batu ke arah ibunya. Lelaki-lelaki lain kemudiannya turut sama merejam wanita malang ini sehingga dia dipercayai telah mati Tapi selepas Ali lihat Soraya masih hidup, rejaman tersebut diteruskan sehingga Soraya meninggal dunia.

Mayat Soraya kemudiannya dibiarkan di sana untuk dimakan oleh binatang liar sebelum Zahra mengebumikan anak buahnya itu.

Nak dijadikan cerita, Ali memberitahu mullah dan duda tersebut bahawa perkahwinannya dengan remaja tersebut telah dibatalkan kerana dia gagal membantu bapa gadis tersebut. Ini menyebabkan duda itu marah dan mengaku bahawa Ali telah menyuruhnya untuk menipu.

Apabila Freidoune cuba meninggalkan kampung tersebut dan mengambil keretanya yang telah siap dibetulkan oleh duda yang bersubahat sama, mullah telah meminta agar wartawan ini ditahan dan menghancurkan semua kaset dari rekordernya bagi mengelekkan kisah ini diketahui oleh orang luar.

Namun, apabila Freidoune berlalu pergi dengan keretanya, Zahra telah muncul di satu lorong dengan rakaman sebenar mengenai cerita Soraya.

Filem ini kemudiannya berakhir dengan satu-satunya gambar Soraya Manutchehri yang diambil ketika dia berusia 9 tahun.

B7Pj8Jaccaacvh6

Rata-rata orang yang telah pun menonton filem ini turut sedih dengan kisah penganiyaan yang menimpa Soraya.

Screenshot 2023 03 27 At 12.35.59 Pm Down

Cerita ini juga turut menunjukkan nasib yang dihadapi oleh ramai wanita di seluruh pelusuk dunia yang turut dianiaya oleh suami atau orang tersayang. Korang kalau nak tengok filem dia, korang boleh tengok di YouTube.

 

Baca: Ada Wajah Budak Dicetak Pada Parcel Dari China? Ini Kisah Sedih Disebaliknya…

Kotak Ada Gambar Budak China