Kebiasaannya, upaca pengebumian bagi mana-mana agama akan diadakan dengan suasana yang menyedihkan dan penuh penghormatan. Secara logiknya, siapa yang tak sedih apabila insan tersayang pergi meninggalkan dunia kan?
Namun lain pula yang terjadi di Ghana apabila sekumpulan lelaki dengan nama The Dancing Coffin mempunyai cara yang tersendiri untuk mengendalikan proses pengebumian.
Buat anda yang tidak tahu mengenai The Dancing Coffee, pasti anda pernah lihat memes yang tular di media sosial pada baru-baru ini.
🤦🏻♂️😂 pic.twitter.com/sCcEuD6B8D
— CCTV IDIOTS (@cctvidiots) April 1, 2020
😂 can't stop laughing. If u have any video of these men dancing with coffin, plz drop it here. Let's make a thread. #AprilFoolsDay #StayAtHome pic.twitter.com/Jtm10FixA6
— Enyo Agene🌍 (@Agen_zy) April 1, 2020
a thread of guys dancing with coffin memes so I never lose them pic.twitter.com/Qc28gNQGYJ
— chris (@dontbanchris) April 1, 2020
Malah, rata-rata pengguna 9GAG telah mengumumkan tarian The Dancing Coffin sebagai meme terbaik pada tahun 2020 meskipun kita masih di bulan April. Lucu betul!
The Dancing Coffin akan membawa keranda dengan tarian dan muzik latar yang begitu menghiburkan. Mengapa kematian disambut dengan cara begini?
Menurut pengasas mereka, Benjamin Aidoo, ini adalah cara mereka untuk meraikan pemergian insan tersayang kepada si pencipta. Tambahnya lagi, dia tidak mahu orang ramai bersedih apabila berlakunya kematian. Lain macam betul!
Sehingga ke masa ini, The Dancing Coffin telah membuka peluang pekerjaan kepada hampir 100 orang lelaki dan wanita, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Ghana.
Jika dilihat daripada perspektif lain, cara pengebumian di Ghana ini sangat unik dan boleh menjadi tarikan untuk pelancong datang ke negara mereka.
Jangan cuba buat dekat Malaysia pula okay!
BACA: Resepi Dalgona Matcha, Dalgona Milo, Dalgona Strawberry Dan Banyak Lagi. Mudah Je Rupanya!