in

Berita Baik! Thailand Bakal Dibuka Kepada Individu CUKUP VAKSIN Mulai November Ini

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Thailand dilaporkan bakal membuka sempadan negara kepada individu cukup vaksin dari seluruh negara bermula 1 November ini, lapor Reuters.


Difahamkan, langkah ini seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan negara setelah 18 bulan berada dalam polisi ketat untuk meningkatkan kadar vaksinasi negara.

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) berkata dalam satu kenyataan, pelancong asing yang sudah divaksinasi sepenuhnya yang mengunjungi Phuket, Surat Thani, Phang-Nga dan Krabi hanya perlu kuarantin selama 7 hari, berbanding 14 hari pada sebelum ini.

Place To Party Thailand Featured 740X494 1

Untuk rekod, tempoh kuarantin yang dikurangkan ini bermula pada 1 Oktober lalu dan terpakai untuk individu yang berkunjung ke negara tersebut di bawah program Sandbox.

Thailand juga telah membuang senarai negara yang perlu diluluskan dan mengalu-alukan pelancong dari mana-mana negara untuk program Sandbox ini.

Berita ini merupakan satu berita gembira buat rakyat Malaysia yang mahu bercuti di Thailand kelak. Untuk rekod, aktiviti pelancongan luar negara akan dibenarkan menjelang Disember 2021 menurut Perdana Menteri.

Sumber: Reuters

BACA: Lepas Pfizer, KKM Lulus Vaksin Sinovac Untuk Remaja Atas 12 Tahun

Capture 3

Sumber: Ithaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.