in

Thailand Luluskan Rang Undang-undang Pelaksanaan Kastrasi Kimia Ke Atas Pesalah Seks

Collage 21

Ramai yang berpendapat, pesalah seks layak menerima hukuman yang lebih berat berbanding hanya dipenjara atau didenda.

Ekoran ini, ramai percaya bahawa kastrasi kimia (pengembirian kimia) adalah hukuman yang selayaknya bagi pesalah seks. Malah beberapa negara telah pun melaksanakan hukuman ini seperti Korea Selatan, Pakistan, Poland dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, negara jiran kita nampaknya bakal mengikuti jejak langkah ini apabila diumumkan bahawa mereka telah pun meluluskan rang undang-undang membenarkan kastrasi kimia secara sukarela terhadap pesalah seks.

Menurut ANI News, Dewan Senat Thailand telah meluluskan rang undang-undang ini untuk diberikan kepada pesalah seks yang mengulang semula jenayahnya.

Untuk pengetahuan korang, seramai 16,413 pesalah seks telah dibebaskan dari penjara Thai di antara tahun 2013 ke 2020 dan 4,848 dari mereka telah dihukum semula kerana melakukan kesalahan yang sama.

Kathua Insta 080218040646 62Cdc55A66A6A

Di bawah rang undang-undang ini, kastrasi kimia boleh diberikan hanya dengan kelulusan dari pakar psikiatri, pakar perubatan dan dengan izin dari pesalah seks itu sendiri.

Bagi pesalah yang bersetuju untuk mendapatkan rawatan ini, mereka akan disuntik dengan kimia tersebut sekaligus merendahkan tahap testosteron dan dapat memendekkan hukuman penjara.

Kalau korang nak tahu, kastrasi kimia ini menggunakan bahan kimia tertentu bagi menurunkan libido atau aktiviti seksual seseorang dengan mengurangkan tahap testosteron.

Bagaimanapun, masih belum ada kajian tepat yang mengatakan kaedah kontroversi yang telah digunakan ke atas pesalah seks sejak tahun 1940-an ini dapat mengurangkan jenayah seks atau membuat pesalah seks mengulangi perbuatan mereka.

 

Baca: Kelantan Cadang Sebat Pesalah Syariah di Stadium, Masjid

Screenshot 2022 07 13 At 3.39.08 Pm