Sesetengah orang gemar menempah penginapan di hotel kerana kemudahan yang ditawarkan, termasuk perkhidmatan pembersihan bilik serta penukaran cadar setiap hari.
Namun, kemudahan tersebut bukan alasan untuk meninggalkan bilik hotel dalam keadaan kotor dan dipenuhi sampah.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya pula berlaku apabila sebuah bilik hotel tular di TikTok baru-baru ini selepas seorang pelanggan didakwa meninggalkan bilik berkenaan dalam keadaan bersepah dan penuh dengan timbunan sampah.
@thesun Grim video footage shows a hotel guest from hell leave their room in a stomach-churning state, with a mountain of toilet paper and takeaway boxes littering the room. #Hotel #Guest #Footage #rubbish
Artikel Berkaitan: “Aku keracunan 5 hari” – Pelanggan Temui Ulat Sampah Dalam Makanan Dekat Restoran Di KL
Artikel berkaitan : “Makanan dah berulat” -Menteri Brunei Beri Penjelasan Isu Makanan Rosak Masa Perkahwinan Putera Mateen
Menurut video yang dikongsikan oleh The Sun, ia menunjukkan sebuah bilik hotel yang dipenuhi dengan timbunan sampah sarap.
Bukan itu sahaja, malah tandas dalam bilik hotel itu juga dipenuhi timbunan tisu tandas.
Dalam video berkenaan juga, dapat dilihat seorang wanita dipercayai pekerja pembersihan hotel itu sedang membersihkan bilik berkenaa.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang ingin tahu berapa lama tetamu bilik hotel itu tinggal di dalam bilik berkenaan sehingga sampah tersebut bertimbun dengan begitu banyak.
Walau bagaimanpun, tidak dapat dipastikan di manakah lokasi hotel berkenaan.
Sumber: The Sun
