Syed Saddiq mencatatkan sejarah apabila beliau berjaya menamatkan saingan Kejuaraan Iron Man Dunia 2025 di Nice, Perancis semalam. Beliau berjaya menghabiskan saingan tersebut dalam masa 13 jam, satu jam awal daripada target asal iaitu 14 jam.
Beliau mendapat tempat ke 1,705 daripada 2,337 peserta keseluruhan. Pencapaian ini merupakan pencapaian yang paling membanggakan di mana Syed Saddiq berjaya mengharumkan nama Malaysia di Kejuaraan Dunia.
Dengan mencatatkan masa perlumbaan selama 13 jam 4 minit dan 36 saat, beliau berjaya menamatkan kesemua cabaran termasuk renangan sejauh 3.8km, kayuhan basikal 180km, serta larian maraton 42km di laluan berbukit yang cukup mencabar.
View on Threads
Artikel Berkaitan: “Memang ada niat” – Syed Saddiq Tak Nafi Ada Perancangan Nak Kahwin
Artikel Berkaitan: “Takpelah YB jadi jela ahli politik” – Netizen Geli Hati Tengok Syed Saddiq Menari Dengan Bella Astillah
Syed Saddiq juga disambut dengan gembira oleh ibunya dan terutama sekali, Bella Astillah di garisan penamat.
Apa yang paling mencuri perhatian netizen adalah, sokongan Bella Astillah yang tidak putus sewaktu Syed Saddiq sedang menuju ke garisan penamat. Momen jadi makin sweet apabila Syed Saddiq sempat bercerita pada Bella Astillah tentang pengalaman Iron Man sebaik tamat pertandingan.
Ramai netizen cair melihat gelagat Syed Saddiq seolah mengadu tentang cabaran-cabaran yang perlu dibuat sewaktu pertandingan itu berlangsung.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan Syed Saddiq dan ada juga yang mengatakan gelagat mereka itu sangat comel.