in

Tertinggal Teddy Bear Kesayangan Sampai Tak Boleh Tidur, Norman Hakim Layan Anak Perempuan Daftar Uni

Syaz Ft 2026 07 07T165431.228

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon sasa, Norman Hakim berkongsi rasa syukur dan gembira apabila anak perempuannya, Maria Danisha, kini bergelar mahasiswi selepas selamat mendaftar masuk ke universiti baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Norman sempat berseloroh mengenai ragam anak gadisnya itu yang membawa barang dalam kuantiti yang sangat banyak. Malah, dia dan Danisha perlu menyelesaikan hampir 180 senarai semak sebelum hari orientasi bermula.


Artikel berkaitan: Abby Abadi Ucap Terima Kasih Pada Norman Hakim, Isu Mas Kahwin Tertunggak 22 Tahun Tamat Secara Baik

Artikel berkaitan: Dari Anggota Elite Ke Heroin Gerak Khas, Karier Abby Abadi Dalam Industri Hiburan Bukan Biasa-biasa!

“Papa pesan barang bawak sikit-sikit tapi dia cakap ‘Papa ni, baby kan girl. Kalau boy takpela bawak sikit-sikit’. Tu dia barang-barang dia, dah macam nak belajar 16 tahun kat sini! “ katanya.

Lebih melucukan, Norman mendedahkan Danisha sempat meminta beliau untuk bermalam di kampus kerana terlalu gementar. Malah pada malam pertama, Norman terpaksa bergegas menghantar baki barang yang tertinggal selepas anaknya mengadu sukar tidur akibat ketiadaan teddy bear kesayangan.

Bakal Graduan Sama-Sama

Di sebalik perkongsian yang menghiburkan itu, Norman turut mendedahkan satu perancangan besar di mana beliau dan anak sulungnya, Marissa Dania, bakal menyusul untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi tidak lama lagi secara atas talian (online) dan luar kampus (out campus).

Norman berharap agar mereka tiga beranak dapat belajar dengan tekun dan meraikan hari konvokesyen bersama-sama suatu hari nanti.

“In shaa Allah papa & kak Dania bakal menyusul secara out campus & online. Semoga Allah permudahkan untuk kita grad sama-sama ok!” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen terhibur melihat keakraban dua beranak ini dan mendoakan agar urusan pendidikan Danisha serta seluruh keluarga dipermudahkan.

Cats 9

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.