in

Tertidur & Pengsan Ketika Bertugas, Frontliner KKM Meninggal Dunia Didakwa Tak Cukup Rehat Tangani Covid-19

Ft Covid Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara kes pandemik Covid-19 yang semakin meningkat sehingga mencecah 3 angka di Malaysia sejak beberapa minggu ini, para petugas barisan hadapan negara tak menang tangan untuk turun padang bagi membantu mengawal penularannya


Pelbagai cara dilakukan untuk mengekang penyebarannya termasuklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh kuarantin di rumah dan sebagainya disebabkan para petugas frontliner terutamanya mereka yang bekerja di hospital terlalu penat dan sudah mencecah ‘limit’ sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

Terbaru, negara dikhabarkan dengan berita duka tentang pemergian seorang wira negara yang meninggal dunia gara-gara terlampau penat menangani pesakit Covid-19.

 

Seorang doktor meninggal dunia 

Seorang doktor yang bertugas sebagai frontliner Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan telah meninggal dunia kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi posting yang dimuat naik oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook semalam. Dalam posting berkenaan, SPJM mendedahkan bahawa pihaknya telah dimaklumkan dengan berita kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun Facebook miliknya.

Menurut mereka, arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lalu.

Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.”

Tambah mereka, setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh diadakan di Sabah, Allahyarham Dr Ali pasti akan datang dari Selangor untuk berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya. 

 

Jatuh sakit sebab bebanan kerja

Dalam posting itu juga, SPJM turut berkongsi sekeping gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil oleh rakannya sebelum dia jatuh sakit gara-gara beban kerja, terlalu penat dan letih.

Meninggal

Dr Ali juga dikatakan kekurangan masa untuk beristirehat selepas penat bertugas sebagai frontliner KKM menangani Covid-19. Apa yang lebih menyedihkan, arwah juga difahamkan tertidur ketika bertugas dan pengsan.

 

Sumber: Harian Metro

Baca: “Besar jasa arwah” –  8 Hari di Wad, Jururawat Frontliner HUSM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Baca Fr

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.