Seperti yang kita sedia maklum, Timor-Leste telah kini sah menjadi negara ke-11 yang tergolong dalam ASEAN. Oleh sebab itu, negara ‘termuda’ di Asia itu kini menjadi tumpuan ramai warganet di media sosial.
Terkini, mata warganet tertumpu kepada satu video yang memperlihatkan Perdana Menterinya iaitu, Kay Rala Xanana Gusmão sedang menyapu sampah di tepi jalan. Beliau dilihat bersahaja dengan seperti rakyat kebanyakan tanpa bermegah di bawah cuaca panas terik.
Artikel berkaitan : Timor-Leste Kini Sah Menjadi Anggota Terbaru ASEAN, Ini Sejarah Negara Termuda Di Asia
Artikel berkaitan : Tragedi Santa Cruz: Kisah Hitam Timor Leste Sebelum Capai Kemerdekaan Yang Ramai Tak Tahu!
Ramai netizen teringin nak ke Timor-Leste
Dalam masa 19 jam ia dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan dan 19.4K tanda suka.
“Rahsia untuk menjadi seorang pemimpin adalah tanggungjawab, disiplin kerja, konsistensi, memberi teladan melalui kerja, pengorbanan dan mengutamakan kepentingan umum.”
@unico.timor The secret to being a leader is responsibility, work discipline, consistency, setting an example through work, sacrifice and prioritizing the public interest.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen di serata dunia mula tertarik untuk mengunjungi negara tersebut. Malah, ramai juga yang memberikan ucapan tahniah kepada Xanana atas kemasukan negara tersebut dalam ASEAN.

Malah, ada juga antara netizen yang memuji cara Xanana ini dalam memenangi hati rakyat, tidak lupa juga ada yang memberikan pujian sambil membuat perbandingan terhadap segelintir orang atasan yang hanya melakukan kerja-kerja sebegini di hadapan media.
Sumber : TikTok
